Entri kali ini pula sebuah "partscaster" dihantar beberapa hari selepas EC-1000VB Azrol untuk servis pendawaian pikap. Ini merupakan gitar projek Bro Eden (tauke REG Studio, bassist Lost Infidels).
Seperti namanya, ia merupakan telecaster rojak, badan adalah daripada telecaster lama dicat semula. Neck, hardware dan elektronik pula merupakan barangan aftermarket.
Projek santai Bro Eden yang dikerjakan sejak hujung tahun lepas, katanya diinspirasi daripada telecaster Suhr Mateus Asato Classic T.
Neck berjenama "Suhr" dengan tuning machine "Fender". Apabila semua sudah siap *dipasang, barulah dihantar ke tempat aku untuk menghidupkan elektroniknya. Tertangguh sejak musim banjir hujung bulan lepas.
Pikap-pikap dan bridge klasik yang digunakan adalah berjenama Wilkinson. Aku agak bingung dengan bridge jenis klasik ini, macam mana cara untuk mengintonasinya? Kerana dua tali berkongsi satu skru.
Elektronik lain (suis, potentiometer, kapasitor) yang disertakan adalah jenis pre-wired. Sudah siap dipasang dan dipateri. Hanya tinggal memateri wayar pikap ke suis dan wayar output jack. Disebabkan itu, kerja-kerja pematerian tak sampai pun 15 minit.
Juga dipasangkan dengan set tali baharu Elixir Nanoweb 9-42, set terakhir daripada tiga set yang diperolehi dua tahun lepas. Cuba mengintonasi dan meninggi-rendahkan action seoptimumnya.
Respons pikap-pikap Wilkinson ini agak boleh tahan juga, fizikalnya pun agak kemas dan tegap berbanding jenama Belcat, G&B atau BHK/BHC. Sebelum ini aku agak skeptikal dengan jenama Wilkinson, lebih-lebih lagi yang mudah didapati di platform Shopee/Lazada.
Pernah juga terfikir untuk buat projek begini untuk kepuasan diri. Tapi kekangan utama aku ialah perkakasan, terutama perkakasan kerja kayu. Juga risau jika ia akan terbengkalai kemudiannya dan tiada nilai jualan semula.
_____
AADI: *Ada sedikit kesilapan disebabkan power tools.
0 comments
Post a Comment