Pengalaman selepas lima tahun memiliki pedal Fly Rig PL1, jika ia disambung terus ke amp gitar sama ada front-end atau fx-return, bunyi Feuer channel memang ohsem. Tapi kalau sambung ke speaker jenis FRFR contohnya IRT-X cab, monitor CR3-X atau headphone, bunyinya agak kureng sikit baik guna normal output mahupun DI (XLR) output. Wasser channel tiada masalah.
Kali terakhir aku menggunakan pedal ini bersama *gitar ketika sessi jamming meraikan Nuing bulan Oktober tahun lepas, dipasang terus ke mixer/monitor REG Studio lebih kurang seperti setup di bawah. Bunyi Feuer channel tetap sama, nipis, seperti perlukan impulse response (IR) tambahan, padahal pedal ini katanya sudahpun ada cabinet simulation (rujukan manual).
"For DIRECT RECORDING or DIRECT to PA. All of the tone shaping and cabinet emulation needed is already incorporated into the SansAmp section of the pedal. The PL1 automatically converts your guitar signal to Low Z allowing you to plug into a variety of inputs that would normally load down your guitar’s signal. It can be plugged into mixers (live and studio), workstation/recorders, and even directly into the sound card on a computer."
![]() |
Entri lama, zaman PKPx. |
Terpicu idea untuk menggunakan IR luaran untuk mengolah bunyi-bunyian Feuer channel selepas menonton video Deadzid di Facebook. Tapi aku tiada pedal IR loader mahupun perisian/plugins pada PC.
Baru teringat G1X Four ada fungsi blok efek [CABINET] ala IR loader, tapi hanya cab sim dalaman Zoom, tak dapat import IR luaran (third party) seperti pedal MG-30. Untuk ekperimentasi ini, hanya blok [CABINET] sahaja yang diguna, selebihnya bunyi-bunyian daripada PL1. Dan keputusannya memang jauh berbeza berbanding bunyi nipis Feuer channel dengan cab sim stok PL1.
Memandangkan Feuer channel pada PL1 ini katanya emulasi bunyi amp high gain ala Rectifier atau 5150, jadi ia serasi dipadankan dengan cab sim 4x12 jenis high gain yang ada pada G1X Four seperti MS4x12 (Marshall 1960A), BGN4x12 (Bogner Ecstasy), RCT4x12 (Mesa Boogie Recto), ORG4x12 (Orange PPC412) dan DZ4x12F (Diezel 412F).
Pilihan peribadi aku ialah cab sim DZ4x12F (Diezel) setting MIC-ON/D57-0/Hi-60/Lo-45. Kena sertakan sampel bunyi, kalau tak nanti orang kata temberang saja... Nanti kalau aku dah rajin rakam-merakam, aku akan buat entri lain atau edit entri ini tambah dengan sampel bunyi di bawah perenggan ini.
Ok tiba masa untuk dilema, jika PL1 digandingkan dengan G1X Four ini, rig akan menjadi lebih besar dan menyangkal dan membatalkan fungsinya sebagai sebuah "fly rig". Atau perlukah aku mendapatkan sebuah pedal IR loader kecil seperti TC Electronic Impulse IR Loader atau Sonicake Sonic IR?
Tapi lepas muhasabah diri, biarlah PL1 ini digunakan seadanya terus ke amp (front-end or fx-return). Nak main FRFR, guna saja multi-fx lain (G1X Four, ME-80)... Nak rakam-rakam, guna saja Pod HD Desktop.
_____
AADI: *Kalau dengan bass, jamming bersama Erectus bulan Disember lepas.
0 comments
Post a Comment