Entri rutin tiap kali pertengahan Mac, ulang tahun terhobi bergitaran. Tiada entri bragging rights untuk tahun ke-17 ini, tiada peningkatan perbatuan kegitaran sepanjang 2025 (kecuali perolehan Iron Cross). Tiada gig atau persembahan awam yang disertai tahun lepas, jamming pun rasanya cuma dua kali.
Untuk entri tahun ini dapat idea daripada video Glenn Fricker bertajuk "This record is why you're broke" yang bertanyakan album apakah yang mendorong dan pencetus untuk belajar bermain alat muzik. Dan seterusnya menjadi "miskin" kerana perbelanjaan berkaitan peralatan tersebut.
Untuk belajar bermain bass, pencetus pastinya Marko Hietala (Tarot) daripada album Crows Fly Black dan seterusnya persembahan live mereka dalam DVD Undead Indeed. Bass Warwick Infinity NT memang telah dikagumi sejak zaman DVD End Of An Era Nightwish (versi JS je). Nekad untuk mendapatkan sebuah set bass Ibanez GSR190J (ex-Crows) semata-mata untuk belajar.
"aku rasa nak bg nick kat bass aku ni, sbb dia itam... aku nak bg nick CROWS tribute lagu/album tarot "crows fly black" (wlupun marco guna warwick bkn ibanez)"
- Entri 2009.
Kalau gitar pula tercetus keinginan selepas menonton DVD One Cold Winter's Night Kamelot, yang kebanyakan lagu-lagu di dalamnya adalah daripada album Epica dan The Black Halo, dua album Kamelot teratas kegemaranku. Ketika itu terfikir "oh alangkah amat bestestnya perasaan kalau dapat main gitar seperti *Thomas Youngblood". Seterusnya menarik picu untuk mendapatkan gitar elektrik pertamaku Ibanez Gio GRG270 (ex-Mephisto).
"spt biasa, aku akan bg nickname utk gitar2 aku. utk ibanez gio roadgear ni disebabkan 'tanduk' tajam (trademark roadgear series) tu nmpk wicked, aku bg nick MEPHISTO nama diambil drp lagu march of mephisto tribute utk band kamelot (bkn mephisto dlm game diablo II) ... another ibanez added to my arsenal"
- Entri 2009.
_____
AADI: *Horizon headstock lidah/daun.






0 comments
Post a Comment