Seymour Duncan JB kontot yang sebelum ini dipasang pada Tofu (GrassRoots Horizon-III G-HR3-68) dilepaskan kepada seorang kenalan Jamtank yang sedang mencari pikap JB untuk projek kepuasan diri.
Tofu tadi pula telahpun dipasangkan dengan set Lace Alumitone/Deathbucker (akan dibuatkan entri berasingan). Antara sebab JB kontot tadi dilepaskan untuk memberi laluan kepada pikap lain beraksi selain *modal pusingan untuk projek akan datang.
"Kedua, GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Tofu) yang kini bernadi set Jazz/JB (kontot). Selepas sessi jamming pandu-uji bulan lepas, mungkin aku akan keluarkan set Jazz/JB ini dan menggantikannya dengan set Lace Alumitone/Deathbucker yang sudah lama terperap dalam simpanan. Set Jazz/JB tadi sama ada akan dipasangkan pada gitar lain ataupun didagangkan semula."
- Entri Seymour Duncan 50.
*Terasa macam nak let-go Thrash Factor dan/atau Vintage Blues jugalah.
_____
AADI: Masih ada satu gitar ber-JB dalam axology.






0 comments
Post a Comment