Pembelian impulsif pra-raya (diterima pasca-raya) daripada website JS Music, seutas strap DiMarzio Cliplock Jim Root #4 White. Hanya tinggal dua unit berwarna putih dalam katalog JS Music dan dijual dengan diskaun penghabisan stok.
Kononnya untuk menggantikan strap Planet Waves Pat Metheny sebelum ini, yang telah dihadiahkan kepada anak buahku si Aizuddin Madani sempena pertunangannya semasa raya ketiga beberapa minggu lepas.
Kebelakangan ini aku lebih suka menggunakan strap jenis kulit (Richter) berbanding jenis nylon (Planet Waves, Dunlop). Inipun lebih kepada koleksi dan/atau mungkin didagangkan kemudian jika keadaan memerlukan. Kalau guna sendiri pastinya akan digandingkan dengan Shiro kerana warnanya yang putih dan gitar itu ringan.
_____
AADI: Mono Betty pula semakin mahal.
0 comments
Post a Comment