Mengambil peluang menggunakan kupon/baucar ahli JS Music Club untuk mendapatkan strap Ernie Ball PolyLock Neoprene Wide 3" ini, menggantikan strap Mono Betty yang sudah rosak (untuk kali kedua).
Strap dengan padding tebal begini memang sesuai untuk menggalas gitar-gitar aku yang berat. Tapi selepas mencubanya, lebih banyak kelemahan berbanding kelebihan. Kelebihan utamanya ialah mekanisma pengunci PolyLock yang amat ringkas tetapi praktikal berbanding mekanisma Planet Lock pada strap Planet Waves.
Ia juga dapat digunakan pada strap button gergasi yang biasa dipasang pada gitar-gitar Jackson dan BC Rich (tak muat pada Planet Lock).
Kelemahan yang aku perhatikan ada empat. Pertama, kualiti nylon yang digunakan nampak murahan seperti nylon pada beg sekolah, tidak seperti yang digunakan pada strap Mono, DiMarzio dan Dunlop yang nampak dan terasa lebih premium.
Kedua, seperti mekanisma Planet Lock, mekanisma PolyLock ini juga hanya dapat digunakan pada satu permukaan sahaja, maknanya jika gitar/bass yang memiliki strap button di belakang badan seperti Jackson King V/Rhoads/Kelly dan BC Rich Warlock maka akan berpintal/berpilinlah strap ini.
Ketiga, material neoprene yang kenyal akan memanjang sekitar 1-2 cm jika menggalas gitar yang agak berat, agak janggal rasanya. Dan keempat, panjang maksimumnya hanya sekitar 52" cukup-cukup untuk menggalas Les Paul.
Daripada faktor-faktor di atas tadi, pendapat aku strap ini amat sesuai menggalas gitar sederhana berat jenis superstrat atau bass. Nak menggalas Les Paul jenis londeh memang tak dapatlah.
_____
AADI: Strap Mono dah makin mahal.
1 comment
Confirm James Hetfield tak akan beli strap ni...
Post a Comment