_____
AADI: Backdated.
Lil Boxing
oleh Ijau D. Koceng 12 September 2023 pada 6:00 AM 2 komen:Anak dara aku si Lil'Ijau yang sekarang sudah berumur 11 tahun menunjukkan minat untuk belajar tinju. Kalau bukan sebab maknya yang tak benarkan, memang dah lama dia nak ikut aku ke PS Boxing.
Dari kecil lagi memang dia geng dengan ayah, suka keluar dengan ayah, tiru perangai ayah. Apa-apa *hobi ayah dia nak cuba. Bab tumbuk-menumbuk ni pun sejak umurnya 7-8 tahun lagi aku dah ajar cara menumbuk yang betul (basic martial arts).
Aku belikan sepasang sarung tangan (gloves) tinju 6 oz yang harganya tak sampai pun RM20 daripada Lazada. Cap ayam harimau, setakat cukup syarat untuk perlindungan tangan tatkala aku mengajarnya asas tinju di rumah. Nanti kalau betul-betul serius, barulah belikan gloves Outshock Decathlon saiz budak.
_____
AADI: *Main muzik? Biasalah main recorder sahaja setakat ni...
Flashback Friday: DOD 20
oleh Ijau D. Koceng 08 September 2023 pada 6:00 AM 2 komen:Album ke-13 Iron Maiden ini pula menyambut ulang tahun yang ke-20 hari ini (rilisan Jepun awal seminggu 02/09/2003). Teringat entri 14 tahun lepas dengan gaya penulisan yang berbeza ketika itu...
"album dance of death plak aku beli cd pirated (hehehe... sori harris) kat kompleks bkt jambul penang (dkt2 nak bln puasa) bbrp minggu sblm album ni release kat msia (sbb dah release awal kat uk & europe, the power of the internet sharing) tp xpe, aku dah menebus kesalahan dgn mmbeli cd album yg ori ;) lagu febret dlm album ni - wildest dreams, rainmaker dan journeyman"
Tahun 2003 amat banyak memori positif, tahun yang mana kehidupan aku di Penang mulai tenang dan stabil selepas tahun 2002 yang agak mencabar kerana pernah tersungkur dan kecundang dari segi kerjaya, kewangan dan percintaan.
Aku suka ulasan Nico LOTB ni...
Jika Meteora mengingatkan aku pada kehidupan awal 2003, album ini pula untuk penghujung 2003. Bertahap soundtrack of my life dan satu daripada lima album Iron Maiden kegemaran peribadi selain SIT, FOTD, VIX dan BNW.
_____
AADI: Teringin nak cover lagu Wildest Dream dan Rainmaker.
Roberto
oleh Ijau D. Koceng 04 September 2023 pada 6:00 AM 0 commentsKhamis (31/08/2023) - Mengambil peluang cuti umum untuk menonton filem The Equalizer 3 tayangan paling awal iaitu 10.40 pagi. GSC Bintulu menjadi pilihan kerana TGV Bintulu sudah tiada tiket early bird, juga atas faktor lebih dekat dengan kediaman terkini. Sayangnya tiada tayangan di dewan besar BIG Dolby Atmos untuk filem ini.
Aku masuk dewan agak lewat beberapa minit (6 minit secara tepatnya, 10.46) tapi aku terkejut dan hampa kerana tayangan sudah pun bermula. Selalunya bila masuk awal atau on-time pula, dia pulun iklan sampai 15 minit...
Filem ketiga ini bagi aku agak kurang aksi per durasi filem berbanding dua filem terdahulu. Lebih banyak momen tranquil dan berborak sakan. Tapi Robert "Roberto" McCall tetap ganas dan brutal. Juga filem ini dikategorikan sebagai 16 dan bukan 18, jadi beberapa babak dan aksi brutal agak cair, dan ada yang "terpaksa" ditapis sedikit.
![]() |
| Kalau si autis ajak tengok... |
Aku perasan muka Ejen Collins nampak familiar, bila dah habis filem baru tahu ia lakonan Dakota Fanning. Fuh dah besar dah budak ni... Fanning ketika kecik ada sejarah berlakon bersama Washington. Selebihnya tak perlulah diulas, nanti pecah spoiler...
_____
AADI: Tunggu filem Expendables 4 pula.
T-Shirt PS Boxing Club
oleh Ijau D. Koceng 01 September 2023 pada 6:00 AM 0 commentsT-shirt rasmi PS Boxing Club x Bintulu Boxing Association (BBA) yang sudah sekian lama dipesan sejak diiklankan sebelum bulan puasa. Tapi pembikinan dan penghantaran tertangguh kerana pihak yang menguruskan katanya terlibat dalam Sukan SEA Cambodia.
Nasib baiklah ada opsyen saiz gergasi 4XL, tapi bila dipakai aku rasa saiz 3XL lebih optimum untuk saiz aku sekarang (dah slim kot?). Warna hitam dan susunan logo-logo mengingatkan aku kepada design t-shirt ESP Malaysia yang selalu aku pakai ketika sessi latihan.
PS Boxing Club bernaung di bawah BBA, yang mana presiden BBA itu sendiri merupakan jurulatih kami, Coach Ting.
Di bahagian belakang pula ada logo beberapa entiti - Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sarawak, PS Boxing Club, Persatuan Tinju Malaysia dan Sarawak Sports Corporation (lengan kiri). Aku pasti yang PS Boxing Club dan BBA adalah berdaftar di bawah kesemua entiti ini.
Sejak Januari sehingga kini, aku hanya turut serta sessi latihan di PS Boxing Club secara walk-in dan belum terlintas untuk menyertai secara rasmi (isi borang dan bayar yuran bulanan). Boleh diusahakan nanti, dapat juga diguna untuk pelepasan cukai klausa 8 iii. dan 9a ii. (ikut taksiran 2022).
_____
AADI: Selamat ber-September.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFal...
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-












