Ada Apa Dengan 1 Malaysia?


Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53, Hari Merdeka, Hari Kebangsaan, Independence Day, National Day (or what ever you wanna call it) kepada geng-geng bloggers, followers dan silent readers blog aku ni. Yang penting hari ni cuti, boleh rehat dan kemas-kemas barang dan rumah sebelum memulakan cuti raya minggu depan.

Kalau ikutkan ada banyak benda aku nak melalut kat sini, tapi blog aku ni bukanlah tempat untuk itu semua...

Keterangan logo 1 Malaysia.

"Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa."

Artikel diambil dari laman web
Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan.

_____

Sempena Hari Merdeka ni, aku nak kongsi sesuatu yang tidak ramai di kalangan kita mengetahuinya...

Kontrak Sosial

"Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular..."

Untuk bacaan lanjut sila layari laman web Wikipedia.

Walau apapun pendapat kita, sama atau berbeza... Yang pastinya kita bangga menjadi rakyat Malaysia. Kalau tak bangga, sila bakar kad pengenalan dan surat beranak @ daftar kelahiran anda. Sekian terima kasih.

To DEG, thanks for the credit in your entry.

_____
Ada apa: Ada kibarkan Jalur Gemilang kat opis, rumah atau kereta korang? I sure did...

Ada Apa Dengan Roti Jala?


Sabtu lepas, dalam perjalanan balik ke rumah lepas balik dari bayar zakat dan bazaar Ramadhan. Boss aku (Ketua Seksyen) dah siap-siap tunggu kat simpang depan rumah, dalam proses membahagi-bahagikan juadah berbuka roti jala kepada staff bawah jagaannya.

Ya, roti jala! Kali ni aku tak mencari roti jala, tapi roti jala datang mencari aku hahaha!~ A real roti jala, comes with kari ayam, bukan yang jenis ada inti karipap kat dalam macam yang aku beli kat Kidurong minggu lepas.

Tak lama kemudian, seorang lagi Ketua Seksyen (seksyen lain) datang rumah menghantar satu lagi juadah yang dah agak lama aku tak makan, mee kuah. Slurrp~ Aik? Diorang ni macam buat konspirasi je ni...

Ditambah dengan nasi lemak kukus special, memang tak terhabis lah makanan untuk hari ni. Akhirnya mee kuah tadi menjadi hidangan untuk sahur.

_____
Ada apa: Tadak la special mana pun roti jala ni, cuma agak rare kat Bintulu ni.

Ada Apa Dengan RM5.20?


Semalam sebelum pi bazaar Ramadhan, singgah kat Masjid Daerah Bintulu kejap, *ehem-ehem* ajak bayar zakat fitrah.

Kebiasaannya tiap-tiap tahun bapak aku dah bayarkan zakat fitrah untuk aku kat kampung. Tahun ni kira kali pertama aku bayar zakat untuk diri sendiri dan *ehem-ehem* (belajar beb, persediaan tahun depan insyallah).

Kalau kat entri deaf_angel, kadar fitrah kat KL ialah RM7.00 seorang, kat Bintulu (dan seluruh Sarawak) kadar fitrah tahun ni ialah RM5.20 seorang.

Bila aku call bapak aku kat kampung, dia kata dia dah bayarkan zakat fitrah untuk aku (seperti biasa) awal Ramadhan lagi. Aiseh, aku lupa nak bagitau aku nak bayar sendiri tahun ni. Tapi takpe kan kalau zakat fitrah seseorang dibayar dua kali di tempat yang berbeza?

Btw, bapak aku bagitau kadar fitrah kat Sabah ialah RM6.80 seorang, dan dia komplen "Orang Bintulu makan apa sampai zakat fitrah pun murah?". Yela, Sarawak ni kan besar...

Itu cerita pasal zakat fitrah, macam mana pulak dengan zakat pendapatan? Alhamdulillah aku dah buat potongan gaji tiap-tiap bulan untuk zakat pendapatan sejak dua tahun lepas.

_____
Ada apa: "Inilah zakat fitrah untuk saya dan tanggungan saya..." Aik? Tanggungan? :D

Bazaar Ramadhan - Bintulu Esplanade (Part 4)


Sabtu 28/8/2010 - Pukul 3.00 petang lepas balik dari temankan *ehem-ehem* tempah baju raya (tukang jahit masih terima tempahan lagi), kitorang singgah bazaar Ramadhan kat Esplanade, sebab ada beberapa gerai dah memulakan perniagaan.

What do you know? Makcik yang jual nasi lemak kukus special baru je bukak gerai, tak buang masa order terus la versi special... "Aik awal hari ni?" sindir makcik tu, yela hari-hari biasa singgah bazaar lepas balik kerja selalu je sold-out.

Nasi lemak kukus pandan, nasinya berwarna kehijau-hijauan, the best nasi lemak in Bintulu (pendapat peribadi) lagi best daripada nasi lemak kukus kat Medan Raya. Selain lauk standard nasi lemak (sambal bilis, telur rebus), versi special ada lauk tambahan, pilih sama ada rendang ayam atau daging masak kicap (tengok gambar di bawah sekali).

Kalau nasi lemak kukus sold-out, nasi tomato pun best jugak.

Lauk utama - kepak ayam goreng pandan (pandan lagi).

Lauk tambahan untuk versi special - rendang ayam dan daging masak kicap.

Apa yang best pasal nasi lemak kukus pandan ni? Aroma nasinya yang sedap, lauk-lauknya pun sedap berbanding tempat-tempat lain, cuma selalu jual dalam kuantiti yang terhad. Tapi dari cerita makcik yang jual tu, nasi lemak kukus pandan ni lebih leceh untuk disediakan berbanding nasi lemak biasa, memakan masa berjam-jam. Sebab tu dia tak mampu nak buat dalam kuantiti yang banyak.

Walaupun menunggu tiga jam lebih sebelum berbuka, tapi ia memang berbaloi...

_____
Ada apa: Lepas bayar zakat fitrah...

Ada Apa Dengan At The Edge Of Time?


Waktu sibuk browse eBay mencari album-album lama Blind Guardian aku terkejut tengok cover art yang tak pernah aku tengok sebelum ni...

Imej link dari Wikipedia.

Rupa-rupanya Blind Guardian ada release album baru tahun ni bertajuk At The Edge Of Time. Ceh, ketinggalan zaman la aku, dah lama aku tak follow info-info Blind Guardian tup-tup dah ada album baru.

Menurut info Wikipedia, album ni released on 30/7/2010 kira baru lagilah tak sampai sebulan. Aku tak reti nak cerita panjang, apa-apa boleh lawat website rasmi Blind Guardian.

Aku tak rasa excited sangat pasal album At The Edge Of Time ni, sebab jiwa tengah meronta-ronta nak beli The Final Frontier, jealous tengok Abang Ben, wanwarlock dan deaf_angel dah ada. Lepas ni agaknya giliran Berteromber dan Portdy pulak kot?

_____
Ada apa: Nampaknya raya kali ni duit banyak habis lari pi maintenance Imago aku. Servis aircon, servis rutin, tukar tayar lagi... Aduih~

Guitar Talk: Behringer V-Ampire LX Combo Amps


Behringer V-Ampire series was already discontinued and replaced by V-Tone series. Kalau masih ada kat pasaran pun mungkin ia stok lama. Behringer V-Ampire LX112 dan LX210 100/120 watt combo amps. Dengan 100-120 watt memang dah cukup kuat untuk jamming studio atau mini gig tanpa bantuan PA system.

LX112 - with 1 x 12" speaker

LX210 - with 2 x 10" speakers

Nampak sama je kan antara LX112 dan LX210 ni? Memang sama, perbezaannya cuma pada speaker yang digunakan.

Front interface - Modelling dan built in effects pun boleh tahan jugak; 32 amps, 15 cabinets, 16 effects dengan 125 ruang penyimpanan preset (aka patches). Dah tak payah nak sambung-sambung dengan multi-effects pedal atau stompboxes lagi. Foot switch was included too for easy access... Since it's digital, mungkin modellingnya taklah sehebat amp/cab sebenar, tapi kalau rotan dah tak ada, akar pun jadilah kan?

Back panel - external unbalanced and balanced (XLR) stereo output pun ada kalau nak sambung dengan cabinet tambahan atau mixer. Terdapat jugak MIDI interface.

Review kat Ultimate-Guitar pun bagi rating 8/10 kepada kedua-dua amp, quite good enough for cheap amps. I wonder why Behringer discontinued this amp line. Adakah V-Tone series lebih bagus daripada V-Ampire? Ataupun ia hanyalah proses penjenamaan semula (rebranding)? Itu aku tak dapat nak jawab.

Mungkin disebabkan nak menghabiskan stok, the famed yNot Studio menawarkan harga yang agak "gila-gila" untuk kedua-dua Behringer V-Ampire LX112 dan LX210 ni. F*cking 45-65% discount from retail price! Kalau nak dibuat perbandingan, harganya lebih kurang sama macam harga amp 30 watt! Damn! Good stuff, great price but at a wrong time of the year...

Btw, yNot Studio having their "Happy Merdeka Day! Sales" from 23-31/8/2010 (seems to be like stock clearance sale). Check out their online store here.

But the main question is - IS IT WORTHED?

Credits - imej-imej amp link dari website Behringer.

_____
Ada apa: Eh? Bonus raya ada ke tak?

Blind Guardian - Battalions Of Fear


Bungkusan familiar dari UK diterima pada hari yang sama dengan Killers minggu lepas. Bungkusan familiar? Sebab ia dari r4rock - seller yang sama tempat aku beli Awake, Surfing With The Alien, Dead Again, Imagination From The Other Side, dan mungkin ada lagi beberapa CD yang aku lupa.

Aku suka beli dari r4rock ni sebab postage cost yang murah £1.99 sahaja berbanding seller lain dari UK yang dengan postage cost antara £2.50-4.00, padahal rata-rata kat setem (atau cop Royal Mail) tertera £2.xx sahaja. Walaupun CD yang dijual berstatus used, tapi semua dalam keadaan memuaskan.

Bungkusan kali ni berisi CD dari abang-abang Jerman kita, Blind Guardian dengan debut album Battalions Of Fear. Sebenarnya sebelum ni aku dah ada album ni tapi versi "CD-R hitam" beli kat Campbell's somewhere in 2004-2005 kot. But, as a collector and supporter, nak jugak cari versi ori kan?

eBay purchase info

  • Purchased from: r4rock
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £3.20+1.99 (RM26.92) menang bid
  • Ordered: 04/08/2010
  • Received: 20/08/2010
  • Label: (P)(C) 1991 Virgin Schallplatten GmbH
  • Publisher: Virgin Records
  • Made in: Holland

Muda-muda lagi abang-abang Jerman kita ni.

Tracklist

  1. Majesty
  2. Guardian Of The Blind
  3. Trial By The Archon*
  4. Wizard's Crown
  5. Run For The Night
  6. The Martyr
  7. Battalions Of Fear
  8. By The Gates Of Moria*
  9. Gandalf's Rebirth* (CD bonus)

Lagu favourite? Semua kecuali Wizard's Crown dan The Martyr. Lagu yang bertanda * merupakan Instrumental. Moria? Gandalf? Rings any bell? Nampak sangat pada album pertama ni Blind Guardian dah mengetengahkan unsur-unsur Tolkien's The Lord Of The Rings kan? Mungkin dalam lirik lagu-lagu lain pun ada kaitan dengan LOTR atau karya Tolkien yang lain, tapi malaslah aku nak ulas.

Standard 90's CD

Walaupun bergenre Speed Metal atau Power Metal, tapi aku rasa album ni ada unsur-unsur Thrash, ini ketara dengan vokal Hansi yang penuh angst dan snare ala Abang Mus(taine), dan beberapa riff yang agak laju. Dan sepanjang album tadak satu pun lagu slow, semua jenis pecut highway 110 km/j, dengan beberapa memorable licks and solos. Jauh berbeza dengan album-album Blind Guardian terkemudian yang ada beberapa lagu slow dan akustik. Btw, zaman ni Hansi masih lagi memikul tanggungjawab sebagai pemain bass selain vokal.

Zaman Napster dan IRC dulu somewhere in early 2000's, lagu-lagu dari album ni seperti Trial By The Archon dan Battalions Of Fear merupakan antara lagu-lagu Blind Guardian yang mula-mula aku sedut (selain lagu The Lord Of The Rings). Punya main seksa nak sedut guna Napster dan IRC dulu-dulu sebab masih lagi guna modem dial-up 56k.

Lagi seksa kalau sedut guna Napster, once line disconnected kalau tak habis sedut memang lagu terbantut la sebab tak dapat sambung. Berbeza dengan IRC yang dapat sambung kemudian, jadi kebanyakkan aku sedut guna IRC.

Mungkin ada yang bertanya "Erk? Apa itu Napster dan IRC?", ia sejenis kumbang tanduk.

_____
Ada apa: Bertambah lagi koleksi Blind Guardian aku...

Bazaar Ramadhan - Medan Raya (Part 2)


Tak terpikir pun nak singgah bazaar Ramadhan kat Medan Raya lepas balik kerja hari ni, tapi kebetulan on the way pi supermarket Sing Kwong memang lalu kat sini, kira singgahlah kejap...

Kek lapis Sarawak, sebungkus macam gambar kat atas harganya antara RM25-27 ikut "kesedapan" dan "kekompleksan" lapisannya. Tadi dah runding-runding dengan akak yang jual tu, sebab nak order yang 8" x 8" punya! Huahuahua...

Tiap-tiap kali balik raya memang mandatori kena bawa kek lapis Sarawak dan gula nipah (gula nipah kat Bintulu murah), ikan terubok masin dah terkeluar daripada senarai mandatori sebab alasan jauh nak order dari Kuching.

Dah masuk minggu kedua Ramadhan baru terjumpa taufufah. Berbeza dengan taufufah yang biasa aku beli zaman kat Penang dulu, bekas taufufah ni agak "cetek" dengan harga yang mahal iaitu RM1.40 untuk taufufah biasa dan RM1.80 untuk taufufah selasih, dan kurang manis (agaknya pasal gula dah mahal kot?). Nevertheless, kira okela daripada tadak langsung... Jadi, aku beli taufufah selasih warna hijau ;)

Dan memang hari ni aku bernasib baik sebab nasi lemak kukus special masih ada lagi (belum sold out). Agaknya versi kat Medan Raya ni tak sesedap berbanding dengan versi kat Esplanade. Sama jugak, asalkan dapat beli makanan yang dihajati, alhamdulillah. Cukuplah dengan taufufah dan nasi lemak kukus special berlaukkan daging masak kicap. Air? Aku beli air kotak soya bandung Seasons je, baru RM1.70 sekotak 1 liter, daripada beli air kat bazaar yang rata-rata ais je lebih.

Kali ni selamba terang-terangan aku amik gambar guna kamera henpon... Selalu-selalu kandid dan curi-curi je.

_____
Ada apa: Sahur? Aku sahur makan cornflakes je...

Bazaar Ramadhan - Bintulu Esplanade (Part 3)


RC Drift Edition!

Ahad 22/8/2010 - Dalam pukul 4.30 petang aku pi bazaar Ramadhan kat Esplanade nak cari juadah berbuka. Seperti biasa nasi lemak kukus special memang dah sold-out, jadi aku ganti dengan nasi tomato. Lepas beli nasi dan laichi kang, dalam perjalanan balik ada sesuatu yang menarik perhatian...

Geng-geng yang gila main kereta RC (radio-controlled car) tengah layan RC drift dengan makeshift track kat hujung Esplanade ni (dekat dengan pasar am Bintulu). Aku rasa geng yang main RC drift ni geng yang sama selalu main kat Esplanade ni waktu malam minggu. Biasanya lepas aku balik tengok wayang memang ada diorang tengah test power sampai tengah malam.

Terleka aku seketika tengok diorang tengah layan drift. Disebabkan torque kereta RC ni terlampau kuat, kena pandai kontrol kalau tak memang over-steered terbabas melanggar "track wall", jadi memang best la tengok diorang buat drift, ala-ala Initial D gitu.

Fyi, kat Bintulu ni hobi RC agak popular. Selain kereta RC, kat airport lama pulak tiap-tiap petang memang ada geng-geng yang main RC. Bukan kereta, tapi kapal terbang dan heli! Antara hobi yang mahal... Macam fotografi dan kumpul gitar. Erk? Kumpul gitar?

Tu belum lagi hobi para-glider. But that was another story...

_____
Ada apa: Bob Kandar pernah racun aku supaya beli kereta RC ni, layan drift kat opis hahaha...

Ada Apa Dengan Ibanez RG350M?


RG350M - cool RG with maple fretboard and an affordable price (cheaper than RG350EX, RG350DX!)... Spesifikasi dan teknikal boleh check kat website rasmi Ibanez atau Ibanez Wikia.

Kuning? Ewww...

Hitam? Yang ni okela jugak.

RG350MDX, sharktooth inlay variant? Cool...
But unfortunately not available here, damn!

Credits - imej gitar-gitar RG link dari website DV247.com.

_____
Ada apa: RG kvlt!

Bazaar Ramadhan - Kidurong


Sabtu 21/8/2010 - Seperti yang dirancang, dalam pukul 4.00 petang aku pi ronda bazaar Ramadhan kat area Kidurong (with *ehem-ehem* of course), lebih kurang 10-15 minit drive dari town area. Bazaar ni terletak di kawasan perumahan mereka-mereka yang bekerja di sektor petroleum dan gas (Petronas, MLNG, ABF) kebanyakkan daripada mereka adalah orang Semenanjung. Harap-harap aku dapat cari beberapa juadah Semenanjung dijual di sini, my target - roti jala dan taufufah.

Bazaar Ramadhan kat Kidurong ni agak kecik berbanding kat Esplanade dan Medan Raya, hanya dua deret gerai sahaja. Tempat yang agak strategik iaitu tempat letak kereta berhadapan dengan Pusat Sukan BDA Kidurong. Sebenarnya aku jarang pi Kidurong ni, kali terakhir mungkin waktu Karnival Keluarga Petronas tahun lepas tengok konsert Sepah, Kristal dan Amy Search kat Kelab Kidurong.

Kat mana-mana area Bintulu mesti akan jumpa orang jual jus jambu batu (guava, biabas) asam boi special ni. Macam dah franchise la pulak, kalau sebelum bulan Ramadhan diorang jual kat tepi jalan dan pasar malam.

Don't get me wrong, jus jambu ni memang sedap, memang terasa serat-serat jambu melekat kat lidah. Aku suka yang asli, ada jugak versi 'special' iaitu dicampur dengan serbuk asam boi. Cuma aku agak was-was pasal warna hijaunya, nampak sangat macam pewarna tiruan bukan warna jus jambu asli.

Variasi puding dan agar-agar, nampak sedap kan?

Aha! Laksa Penang dan Mee Hokkien. A little taste of Penang ;)
Mee Hokkien tu memang betul-betul hao liao!~

36 = RM1? Banyaknya! Agaknya 3b = RM1?

And guess what? Setelah tawaf dua kali, akhirnya aku terjumpa benda yang aku cari-cari sejak awal Ramadhan - roti jala! Walaupun versinya lain sedikit daripada yang biasa (kalau versi biasa ia dihidangkan dengan kari ayam kan?). Versi ni lain sikit, kat dalam berisi inti karipap. Kat bazaar ni aku cuma beli roti jala (of course), mee Hokkien dan jus jambu. Taufufah masih belum jumpa lagi...

Lepas balik sempat singgah kat Parkcity Mall, aku terserempak dengan krew Cats.FM Perodua Ranger ni - amboi, selambanya parking macam tu? Dari semalam aku tengok krew ni ronda-ronda kat bazaar Ramadhan Esplanade. Mungkin diorang ada aktiviti kat Bintulu ni kot?

Btw, aku tak dengar pun radio Cats.FM ni, kat opis satu-satunya stesen radio yang dapat diterima ialah Bintulu.FM, stesen radio lain susah nak dapat disebabkan interference daripada equipment dalam lab. Kat rumah dan dalam kereta (kalau tak layan CD Metal) aku lagi selesa mendengar Klasik Nasional.

_____
Ada apa: In the end, berbuka dengan chicken chop Marrybrown hehehe...

Iron Maiden - Killers


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #14]

Tatkala orang lain sedang sibuk dengan album baru Iron Maiden The Final Frontier yang dah ada kat pasaran Malaysia (tak caya, pi baca entri blog Abang Ben ni), aku pulak baru terima bungkusan dari UK berisi CD Iron Maiden, album studio kedua iaitu Killers (Wiki). Yup aku tau, eBay lagi...

Dua album terawal (era Paul Di'Anno) sebenarnya bukanlah priority dalam koleksi Iron Maiden aku, disebabkan aku mengenali Iron Maiden ketika era Abang Bruce (Dickinson) circa Fear Of The Dark. Tapi, sebagai pelengkap koleksi... Well, who cares about old school Maiden? It's still Maiden. [Edited] April lepas Berteromber ada buat entri pasal album ni versi 2-disc.

eBay purchase info

  • Purchased from: mr-g-the-good
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £4.25+2.75 (RM35.10) menang bid
  • Ordered: 23/07/2010
  • Received: 20/08/2010
  • Label: (P) 1981, 1998 EMI Records Ltd. (C) 1998 Iron Maiden Holdings Ltd.
  • Publisher: EMI Records Ltd.
  • Made in: EU

Walaupun berstatus used, tapi CD ni memang nampak 98% new! Everything's perfect - no cracks on jewel case and no scratches on CD. It's a 1998 enhanced CD remastered version seperti kebanyakkan CD Iron Maiden aku yang lain. Padahal mula-mula aku joybid je CD ni dengan harga di bawah retail price untuk EMI Malaysia press (kebiasaannya RM39.90), tup-tup menang la pulak dengan harga RM35.10.

Tracklist? Aku tak berapa familiar dengan lagu-lagu dalam album ni (kecuali lagu Wrathchild yang selalu dinyanyikan oleh Abang Bruce waktu konsert). Beberapa lagu dalam album ni aku dengar versi cover terlebih dahulu daripada versi asal, seperti The Ides Of March dan Purgatory oleh Steel Prophet dari album A Tribute To The Beast.

Hehehe... Aku suka seluar belang-belang Harris.

Tak lupa jugak dengan lagu 'kontroversi' Prodigal Son, waktu aku mula-mula dengar part solo lagu ni dulu memang aku terkejut... Debunga Wangi beb!~ Hahaha... Bab ni tak payahlah aku nak terangkan, peminat tegar Maiden dan Lefthanded pastinya dah tau.

Dengan adanya album Killers ni, maka koleksi album studio Iron Maiden aku (diulangi, album studio sahaja) tinggal dua saja lagi - iaitu self-titled album Iron Maiden dan latest album The Final Frontier.

Tak sabar nak beli The Final Frontier... Aku sanggup tak sedut mp3, semata-mata tanak spoil listening pleasure macam AMOLAD dulu...

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Killers was released in 1981 - gila aku baru setahun jagung ni...

Disturbed - Believe


Bungkusan dari UK yang diterima pada hari yang sama dengan bungkusan Dominator, berisi dua CD Nu-Metal iaitu album Believe daripada Disturbed dan Hybrid Theory daripada Linkin Park. Entri ni aku buat untuk Believe dulu, Hybrid Theory akan ada entrinya sendiri kelak.

Kedua-dua album ni sebenarnya aku joybid dengan harga yang agak rendah, tup-tup menang bid la pulak. Jadi, dapat dua CD dengan harga lebih kurang RM15 per CD. CD diterima dalam keadaan agak memuaskan, walaupun berstatus used, tapi inlay dan CD memang masih baru, kecuali jewel case yang nampak seasoned. So, here it is, Disturbed second studio album Believe.

Cover art yang simple, logo fusion antara bulan sabit, bintang pecah lima, bintang pecah enam dan salib - yang aku rasa melambangkan tiga agama terbesar di dunia barat, sekaligus merupakan tema album ni iaitu Believe.

eBay purchase info

  • Purchased from: free101010
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £1.05+3.26/2 (RM13.59) menang bid
  • Ordered: 18/07/2010
  • Received: 02/08/2010
  • Label: (C)(P) 2002 Reprise Records
  • Publisher: Warner Music Europe
  • Made in: Germany

Tracklist

  1. Prayer
  2. Liberate
  3. Awaken
  4. Believe
  5. Remember
  6. Intoxication
  7. Rise
  8. Mistress
  9. Breathe
  10. Bound
  11. Devour
  12. Darkness

Lagu favourite dari album ni ialah Prayer, Believe, Rise dan Mistress.

Aku diperkenalkan kepada band Disturbed melalui WWE Universe yang pada ketika itu (masih lagi WWF) menggunakan band-band tersohor untuk menyanyikan lagu tema superstars mereka (as you might know, I'm a wrestling fan). Contohnya lagu Rollin' oleh Limb Bizkit remixed menjadi lagu tema The Undertaker, manakala band Disturbed menyanyikan Glass Shatters lagu tema Stone Cold Steve Austin.

Waktu aku rajin mendengar Braingell Radio (2003-2005), banyak lagu-lagu Disturbed yang aku dengar, antara yang menarik perhatian merupakan lagu Mistress.

Seperti band-band Nu-Metal yang lain, hampir kesemua lagu-lagu memiliki heavy riff dan kurang elemen guitar solo. Tapi vocal David Draiman memang unik yang seakan-akan suara rappers, menjadi trademark khusus untuk band Disturbed ni.

Dengan harga RM13.59, okela bro...

_____
Ada apa: Album Sickness pun oke jugak...

Ada Apa Dengan Pelita China?


Sebelum pi bazaar Ramadhan kat Medan Raya Sabtu lepas, aku pi menemankan *ehem-ehem* aku mencari kuali kat Farley.

While she's busy browsing for some cooking utensils, I wandered around hardware section and found this nostalgic thing...

Old-school Chinese lantern!

Pelita minyak tanah buatan China dengan trademark potret amoi. Dah lama aku tak tengok pelita ni, kali terakhir aku guna mungkin 15-20 tahun yang lepas kot? Biasalah dulu-dulu back in the 80s kat kampung aku, setiap rumah memang ada pelita atau lilin, as a backup in case blackout tengah-tengah malam. Rumah aku tak terkecuali, parents aku memang akan simpan pelita, lilin kat tempat yang senang dicapai dan lampu picit di sebelah tempat tidur.

Sampai sekarang zaman millennium ni pun aku masih lagi terikut-ikut perangai parents aku yang sentiasa simpan backup pelita dan lampu picit, in case some shit happens. Tapi pelita tu aku dah ganti dengan sekotak lilin, disebabkan lilin lagi senang diperolehi dan disimpan berbanding pelita. Lagipun sekarang ni susah nak cari minyak tanah (kerosin) kan?

Nanti bila ada masa memang aku akan beli pelita ni for it's nostalgic value. Tadak la mahal mana pun, tak sampai RM10. Kalau tadak minyak tanah, aku tapau la sikit ethanol kat lab hehehe...

Another nostalgic stuff, these Chinese made steel cutlery. Tiap kali kalau aku tengok pinggan, mangkuk atau cawan (kole, mug, or what ever you wanna call it) jenis macam ni, memang aku akan rasa sedih, sebak rasa di hati tak tau kenapa. Mungkin ia agak sinonim dengan golongan miskin tegar kot?

Tapi waktu aku kecik-kecik dulu sempat jugak merasa guna kutleri macam ni, terutamanya bila makan mee segera dan minum kopi. Nanti aku beli jugak cawan dan mangkuk ni for it's nostalgic value.

Btw, did I mentioned "menemankan *ehem-ehem* aku cari kuali"? Hehehe... Dengan alasan kuali kat rumahnya tak cukup besar nak masak juadah berbuka untuk aku...

Daripada alang-alang beli, baik beli jenama Tefal terus, baru puas hati. Tapi aku takut pulak dia keluarkan ayat keramat "belikan... ;)"

Tapi sekali-sekala ada orang masakan juadah berbuka (merangkap sahur) best jugak eh? Tak caya cuba tengok entri ni...

_____
Ada apa: Korang sempat tak study bercahayakan lampu minyak tanah?

Let-Go: Zoom G1M Michael Amott Signature Pedal


Jumaat lepas (13/8/2010) Zoom G1M aku selamat sampai ke tangan tuan barunya, iaitu pembeli yang sama yang membeli Satchurator aku awal bulan April lepas. Sejak ia dibeli dari CK Music penghujung Jun lepas, aku rasa baru beberapa kali aku guna G1M ni kat rumah, tu pun guna headphone (selalu praktis guna Micro-Cube). Boleh dikatakan 99.9999% baru...

Kenapa aku let-go? Sebab aku mencari dana-dana tambahan nak target gajet yang ada USB interface (maybe upgrading to G1U). G1M ni aku iklankan kat Facebook awal minggu lepas, berebut member-member aku nak beli, terpaksa aku buat first pay first serve basis (taknaklah buat highest bidder basis sebab aku jenis tak tikam member). Dan tak sampai tiga jam diiklankan dah ada member yang confirm, siap bank-in duit terus tu...

There's always a good market for guitar related stuff in Borneo (especially within members-of-members circle), memandangkan barangan kegitaran yang dijual di sini (Sabah/Sarawak) memang harganya 'potong leher' ada yang markup sampai 50%. Contohnya paling senang Vox Satchurator - retail price in KL was RM350-380, Borneo's retail price was RM450-550! (Harga yang aku survey kat beberapa kedai muzik di Kuching, Bintulu, Miri dan Kota Kinabalu).

Rasa-rasa kalau aku jadi underground dealer/retailer for these stuff (mainly effect pedals and stompboxes) di kalangan member-member, oke tak Oriaj?

_____
Ada apa: Let-go lagi...

Bazaar Ramadhan - Medan Raya


Petang Sabtu 14/8/2010, berkesempatan meronda satu lagi bazaar Ramadhan di Bintulu ni bersama *ehem-ehem* iaitu di kawasan letak kereta Medan Raya (some called it As-Syakirin Commercial Centre).

Walaupun kawasan ni agak luas berbanding kat Esplanade, tapi kesesakan lalulintas memang tidak dapat dielakkan disebabkan sesetengah pengunjung yang kurang bertanggungjawab meletak kenderaan sesuka hati, nasib baik area ni ada empat exit routes jadi senang sikit nak meloloskan diri sekiranya jalan utama jem.

Brader-brader berpakaian overall kuning (sometimes red, dark green and dark blue depends on what company they're working) was a common sight in Bintulu town, dipakai oleh mereka-mereka yang bekerja di sektor petroleum dan gas (Shell, Petronas, MLNG, ABF, dll) and these guys were proud to wear it, tak kisah kat pasaraya, shopping complex, hotel dan kat masjid waktu solat Jumaat.

Dua-tiga kali aku tawaf kat bazaar ni dengan tujuan nak mencari roti jala dan taufufah, tapi malangnya tak ketemu - susah sangat nak cari dua benda ni kat Bintulu, semenjak aku bermastautin dari tahun 2006 sampai sekarang memang susah nak jumpa. Nak kena cari kat area komuniti orang Semenanjung ni, mungkin kat area Pantai ABF ada kot?

Kat bazaar ni pun ada jual nasi lemak kukus special (special in terms of lauk-pauk) tapi seperti biasa memang sold out since 4.00 pm, haiya! Kecewa lagi...

Satu lagi juadah tersohor di Bintulu - ikan bakar (or in this case, grilled fish stuffed with spices), kat bazaar ni memang disediakan khas sebaris gerai-gerai yang menjual ikan bakar dan apa-apa juadah lain yang dibakar, stim, salai atau *tunok. harganya pun agak premium RM5.00-15.00 bergantung kepada jenis ikan dan saiznya.

*tunok - istilah orang tempatan untuk bakar, kalau kat tempat aku tunu/tuno

Aku tak tau ikan apa ni (btw, aku tak makan ikan, kecuali ikan bilis hehehe...)

Kebiasaannya aku akan minimumkan juadah berbuka aku kepada tiga hidangan - hidangan utama, hidangan sampingan dan air (kurma premium hari tu pun banyak lagi). Jadi kat bazaar ni aku cuma beli nasi goreng (kes kecewa lagi sebab nasik lemak kukus habis), daging masak kicap dan mee kolok. Minuman? Kat rumah ada lagi sekotak minuman Delite.

_____
Ada apa: Teringat aku Ramadhan 1995 aku pernah bisnes burger kat kampung...

Iron Maiden - Powerslave


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #13]

Entri Maiden Tribute countdown to The Final Frontier diteruskan lagi kali ni dengan album studio kelima Powerslave, macam biasa versi remastered enhanced CD (pressing 1998), yang aku beli CD kat Goblinz, KK Plaza bersama-sama The Best Of Mercyful Fate awal Julai yang lepas.

Cover art Powerslave versi remastered ni dah kabur ntah berapa kali copy-scan-print (sama maca kes cover art Fear Of The Dark). Aku pernah baca entri blog pasal cover art album ni, tapi aku lupa kat blog sapa, cerita pasal "hidden art" macam cover art album Somewhere In Time.

Dalam album ni ada beberapa lagu epic antaranya Aces High, 2 Minutes To Midnight, Powerslave dan Rime Of The Ancient Mariner (whopping 13:36!). Percaya atau tidak, lagu Powerslave aku dengar versi cover oleh Darkane dari album kompilasi A Tribute To The Beast dahulu daripada versi asal Iron Maiden.

Stuff yang aku beli dari Goblinz awal Julai lepas.
Ada patch Wings? Hehehe... Sapa tak suka Wings?

Baru lepas dengar lagu When The Wild Wind Blows kat Youtube selepas dapat link dari deaf_angel kat entri blognya. Pejam celik pejam celik, rupanya esok (16/8/2010) release date The Final Frontier (memang dah bulatkan kat kalendar Rainlendar dekstop aku). Rasa macam tak sabar pun ada, perasaan yang sama waktu menunggu album Flight 666 tahun lepas.

Kita tengok sapa di kalangan bloggers yang akan terdahulu review album ni nanti, hehehe... Warning, kebarangkalian viral The Final Frontier bakal melanda!

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Nanti cuti raya baru aku cari CD The Final Frontier kat Speedy Video KK...

Bazaar Ramadhan - Bintulu Esplanade (Part 2)


Semalam lepas balik kerja sempat singgah kat bazaar Ramadhan Bintulu Esplanade lagi. Macam biasa nak beli nasi lemak kukus special. Sampai-sampai je makcik yang jual tu dah kemas-kemas barang, nasi lemak kukusnya dah sold-out! Aiseh... Skipped, cari nasi beriyani pulak.

Bazaar Ramadhan pun nak kena rasmikan ke?

Air tebu - kat mana-mana pun ada jual air tebu. Ada yang pekat asli dan ada yang dah dicairkan (diluted). Tapi aku memang anti kalau air tebu ditambah dengan air gula, macam aku pernah beli tahun lepas. Teringat pulak aku, sampel air kumbahan *tut* yang kitorang analisis kat lab pun warnanya lebih kurang macam air tebu ni hahahaha!~

Ayam golek - aku memang teringin nak beli ayam golek ni, nampak macam best je. Tapi adakah rasanya sama macam ayam golek perencah arab yang dijual tiap-tiap tahun kat tapak konvo USM? In the end, skipped... Takut tak abis.

ABC - tiap-tiap tahun gerai ABC ni memang menjadi tumpuan, orang sanggup berbaris nak beli ABC atau cendol kat sini. Aku pun tak tau apa yang membuatkannya special, nak kata sedap aku pernah beli tapi sama je macam ABC kat tempat-tempat lain. Mungkin 'hype' ABC ni antara ABC yang sedap kat Bintulu, skipped jugak.

Tapi bagi aku ABC yang paling sedap aku pernah makan nun kat food court Stadium Negeri Pulau Pinang, betui tak Muspeed dan Mhagnoth?

Inilah juadah berbuka aku semalam (clockwise from top) - nasi beriyani daging (gantian sebab nasi lemak kukus sold out), roti kebab, kurma premium Mozafati (aku tensen dengan kurma murahan yang selalu ada "mahkluk-makhluk" kat kaviti antara isi dan biji) dan bubur pedas Sarawak (yang ni bukan aku beli, tapi pemberian officemate).

Petang ni nak pi bazaar Ramadhan lain pulak...

_____
Ada apa: Masih tercari-cari roti jala...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger