Semenjak berpindah rumah (pindah lagi) penghujung Jun lepas, satu daripada tiga biliknya aku jadikan bilik hobi (macam tiru entri meletop koktel kan?). Di bilik inilah tempat aku menyimpan barang-barang yang berkaitan dengan hobi - gitar, amp, gigbag, hardcase, efek, koleksi CD, majalah, dll.
Baru-baru ni aku "menaiktaraf" bilik tersebut supaya dapat dijadikan workstation untuk kerja-kerja penyelenggaraan gitar seperti memasang pikap baru (cuma tak dapat nak buat kerja sambil tengok TV macam kes Re-teslarised minggu lepas). Dah ada workstation ni, makin bersemangat dibuatnya sampai tahap "ketagih" nak main pateri.
Looks familiar?
Aku ingin mencuba sesuatu yang dipelajari dari blog Yustech pada pada Goldie aku. Disebabkan aku tak ada dawai tembaga, jadi aku menggantikannya dengan dawai galvani (aka dawai penyidai kain, hahaha) untuk earth bridging (betul ke istilah ni?).
Walaupun pematerian tidak sehebat Yustech, tapi litar baru ni agak kemas dan ringkas jika dibandingkan dengan litar lama seperti gambar di bawah (dari entri ni) yang nampak agak berserabut. Ya, aku masih lagi mengekalkan setting series-parallel (bukan split-coil) pada suis push/pull kedua-dua pot.
Old wiring, stock Epiphone setting.
Pemasangan litar memakan masa dalam sejam (tahap amatur), semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kesalahan atau pengulangan. Dengan litar baru ni, output volume pada pikap Dimarzio Super Distortion (DP100) seolah-olah lebih kuat dan nyaring berbanding sebelumnya - the way I like it! Atau mungkin cuma perasaan aku...
Korawk, bila nak hantar GRG270 baru tu untuk di"Tesla"kan?
Credits to Yustech.
Entri Mini: Janji Ditepati
Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-55. Sudahkan anda mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman anda? Kalau ciput sangat tak nak beli yang bersaiz besar, beli yang harga RM1.00 pun jadilah... Mengibarkan Jalur Gemilang pun nak dipolitikkan juga ke? Apa daa~
Gambar cilok dari ntah kat mana aku jumpa gambar ni...
Teruskan mengibarkannya sehingga Hari Malaysia nanti pada 16/9/2012.
_____
Ada apa: Teringat lagu Janji Manismu nyanyian Aishah yang top suatu ketika dahulu.
4 komen:
Earthing lebih tepat
Bravo bro,lama2 nanti pro lah,saya buat 3,4 jam.anda lagi cekap..
Terima kasih atas kredit yg diberikan,saya masih anggap saya Noobie yg suka mencuba benda baru.hehe
muspeed:
oke info diterima...
bro yus:
sejam tu masa yg diambil utk memasang litar baru, xtermasuk masa yg diambil utk membuka litar lama :)
meletop koktel??? haha molotov cocktailz versi gangnam style tu haha
Post a Comment