Menyambut raya pertama dengan versi 3.0 (sebagai seorang ayah)... Memang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Walaupun line Celcom 3G dah full bar di kampung aku, tapi nak curi-curi masa berinternet memang susah.
Walau bagaimanapun, seperti tahun-tahun lepas, lagu raya kegemaranku tetap Sepasang Kurung Biru nyanyian Khairil Johari Johar.
Waktu sessi jamming minggu lepas kami ada main lagu ni, tapi tak berapa sesuai dengan tune suara aku, mungkin kena guna tune lebih tinggi (half or full step up). Mungkin lagu ni akan dimainkan sekali lagi oleh Hepi;) atau Metuk Ulau Projekt untuk sessi jamming khas Aidilfitri yang akan dirancangkan kelak.
Versi piano/keyboard ni aku baru jumpa, memang best.
Sebelum terlupa, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada pembaca blog AADI sama ada yang aktif atau senyap (silent reader). Tersinggung perasaan, terkasar bahasa, tersalah taip dan komen-komen yang riak tu adat biasa dalam dunia blogging. Dua-tiga hari ni mungkin tak ada entri, sibuk dengan perayaan, beraya, merayakan, dirayakan dan diraikan.
_____
Ada apa: Rock raya!
2 komen:
selamat hari raya maaf zahir n batin boss
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Post a Comment