Semalam lepas balik dari jamming di Z Studio kononnya nak singgah di bazaar Ramadhan di Bintulu Esplanade, tapi aku agak hairan kenapa tiada satu gerai pun yang berniaga. Mungkin kurang sambutan kot? Jadi akupun pergi ke bazaar Ramadhan Assyakirin...
Agak mengejutkan juga bila bazaar Ramadhan di Assyakirin ni pun lengang, sama seperti Bintulu Esplanade tiada satu gerai pun yang berniaga.
Laluan yang sebelum ini ditutup sepanjang bulan Ramadhan kini sudah boleh dilalui kenderaan. Kalau tak silap kali terakhir aku ke bazaar Ramadhan hari Rabu lepas (8/8/2012), semuanya masih normal.
Aku mula teringat beberapa hari lepas ada pegawai dari Pejabat Kesihatan Bintulu datang ke makmal kami menghantar sampel makanan yang diambil dari bazaar Ramadhan, disyaki telah dicemari oleh bakteria vibrio cholerae (kolera). Kebetulan sekarang wabak kolera/taun semakin menjadi-jadi di Bintulu ni.
Jadi, aku berpendapat mungkin kedua-dua bazaar Ramadhan (Esplanade dan Assyakirin) ditutup atas arahan Pejabat Kesihatan Bintulu. Esok aku akan cuba mendapatkan maklumat rasmi.
_____
Ada apa: Mencari cendol...
1 comment
kesian kpd para peniaga di bazaar ramadhan...mgkn ada hikmahnya dgn apa yg berlaku....dulu masa aku masih sekolah menengah,selalu gak aku tlg sedara2 yg meniaga di bazaar...seronok tp meletihkan
Post a Comment