Bungkusan yang diterima Isnin minggu lepas (30/7/2012) beralamat dari Crinson Music dihantar menggunakan khidmat ABX Express. Kotak yang berisi gitar Ibanez Gio seperti dalam entri minggu lepas.
Tapi untuk entri ni bukan nak cerita pasal gitar di dalamnya, sebab gitar ni bukan aku yang punya, biarlah tuannya sendiri yang buat ulasan kelak (kalau dia rajin lah, dah tiga bulan tak update blog).
Cuma nak cerita sikit pembelian sampingan (yang ni aku punya) bersama-sama gitar tersebut yang berupa aksesori kecil-kecilan iaitu Snark SN-8 Super Tight clip-on tuner dan DR Neon String Hi-Def Orange.
Pembelian aksesori kecil-kecilan ni sebenarnya menumpang supaya dapat jimat kos penghantaran hehehe...
Pada mulanya aku ingin memesan Korg Pitchclip, tapi paparan Pitchclip tak dapat dipusing 360 darjah dan paparan skrinnya agak low-tech. Jadi aku memilih model terbaru Snark iaitu SN-8 Super Tight clip-on tuner pada harga yang sama.
Kelebihan model ni ia memberikan respon yang cepat dengan paparan yang lebih ringkas berbanding model SN-2 (merah) dan SN-1 (biru). Kelemahannya pula ia hanya mengesan bunyi secara getaran (vibration) sahaja dan tidak mempunyai internal mic seperti SN-2.
Hi-Def Orange ni pula kononnya bakal dipasang pada Goldie supaya serasi dengan tema warna emas dan jingga/oren. Dua tali gitar jenama DR pemberian Bro Sub iaitu Hi-Def Green dan Evergreen pun masih ada dalam simpanan dan belum digunakan lagi.
Kepada tuan punya gitar Ibanez Gio, bila nak buat entri ulasan kecil-kecilan?
_____
Ada apa: Snark lagi...
0 comments
Post a Comment