Rabu (15/8/2012) - Bazaar Ramadhan Assyakirin telah kembali beroperasi, aku tak pasti bila ia beroperasi semula (mungkin semalam, atau beberapa hari lepas) selepas tutup hampir seminggu.
Walaupun sudah kembali beroperasi, tapi boleh dikatakan hanya tinggal separuh sahaja gerai yang berniaga. Yang lainnya mungkin dah tawar hati nak berniaga atau mungkin disebabkan dah mood raya (minggu terakhir Ramadhan).
Suasana agak lengang, daripada apa yang aku perhatikan kebanyakan gerai-gerai yang tidak beroperasi adalah gerai-gerai yang menjual minuman dan gerai menjual makanan salai (ikan, kepak ayam, kerang, dll), mungkin disebabkan gerai-gerai jenis ni berisiko tinggi dicemari kolera.
Ini merupakan lawatan terakhir ke bazaar Ramadhan Assyakirin (dan Bintulu amnya) untuk Ramadhan tahun ini, sebab esok aku sekeluarga akan balik kampung beraya di Sabah. Kali ni balik naik belon flight MASwings, tak sanggup aku nak memandu jarak jauh membawa Lil'Ijau yang baru berusia tiga bulan.
_____
Ada apa: Tak ada entri The Tripleness Of Long Distance Driver untuk tahun ni.
0 comments
Post a Comment