Menggantikan tali gitar pada strat-copy aku iaitu Tanglewood TSB-6 (aka Tobi) yang semenjak diperolehi beberapa minggu lepas cepat sangat out-of-tune. Selepas post-mortem didapati masalah berpunca dari pemasangan tali gitar yang cincai (dari kilang atau kedai?), hanya dua lingkaran pada machine-head (tuner).
Kali ni aku menggunakan tali gitar jenama Alice. Tali gitar asal aku tak buang sebab masih baru, ia akan dikitar-semula pada gitar berskala pendek ataupun yang mempunyai locking nut. Eh~ Jangan pandang rendah pada jenama Alice ni, walaupun ia jenama murahan tapi ia antara jenama yang berkualiti dan "mesra" pada hujung jari anda (fretting fingers).
_____
Ada apa: Akan digunakan untuk sessi jamming esok...
0 comments
Post a Comment