*Spoiler: Non-Metal* Kali ni kita ubah angin, dan jangan hairan kenapa aku ada CD ni. CD apa? CD kompilasi Koleksi 20 Tahun Terunggul Nassier Wahab. Diulangi, Nassier Wahab beb! Dengan 23 lagu hits evergreen + satu lagu baru.
Aku bukanlah peminat Nassier Wahab, tapi aku memang respek beliau sebab sepanjang kariernya bergelar artis, beliau merupakan antara artis Malaysia yang tak banyak kerenah, tak banyak gossip tak banyak publisiti dan antara yang sanggup menyanyi untuk acara-acara rasmi tatkala artis-artis lain menolak tawaran (dulu-dulu kalau rancangan kelolaan RTM asyik muka dia je kan?). Dan jangan hairan lagu beliau antara lagu yang selalu aku layan waktu karaoke (selain lagu rok kapak) hehehe...
Sapa-sapa yang membesar dalam tahun 80an pastinya kenal mamat ni. Aku rasa waktu aku sekolah rendah lagi dah dengar lagu-lagu Nassier Wahab ni. Dan sehingga kini setelah lebih 20 tahun beliau masih lagi aktif dalam persada muzik tanahair. Walaupun boleh dikatakan low-profile, tapi populariti beliau masih lagi bertahan tak naik tak turun (maintain). Tidak seperti artis-artis lain yang sezaman dengan beliau - Ahmad Fauzee, Safar Gafar, Azizul Khamis, Ibnor Reza, Shidee dan Dwen. Ini terbukti dengan lagu hits beliau Memori Cinta Luka yang kalau tak silap berjaya bertahan menjadi juara berminggu-minggu lamanya di carta muzik stesen-stesen radio tempatan beberapa tahun lepas.
(P)(C) 2006 Music Valley Sdn. Bhd. Aku beli CD ni 04/06/2007 kat Bintang Plaza (currently known as Bintang Megamall) Miri, dengan harga standard RM29.90 quite worthy for a 2-disc local artist compilation.
Buku biodata disertakan sekali. Dan dalam inlay ada lirik lengkap.
Tracklist
Disc 1
- Masih Ingat Tak Lagi
- Sekali Aku Jatuh Cinta
- Untukmu Kekasih
- Mengharap Kasih Mu
- Aku Fakir Cinta
- Kejernihan Di Wajahmu
- Susah Senang Kita Bersama (duet bersama Ramlah Ram)
- Bila Rindu Datang Lagi
- Insan Terluka
- Gadis Bermata Biru
- Undangan Rindu
- Hatimu Tak Seindah Wajahmu
Disc 2
- Kau Yang Pertama (lagu baru)
- Andai Kau Di Sini
- Wajah Kekasih
- Pesona Cinta
- Sebuah Janji Tak Bererti
- Bayangan Wajah Duka
- Memori Cinta Luka
- Aku Yang Terasing
- Ku Bawa Rahsia Cinta
- Insan Tersayang
- Wajahmu Di Bulan Purnama
- Akhirnya Berpisah Jua
Daripada tajuk-tajuk lagu, memang semuanya tajuk lagu jiwang hahaha! Lagu favourite - Masih Ingat Tak Lagi (catchy tunes), Sekali Aku Jatuh Cinta, Susah Senang Kita Bersama, Bila Rindu Datang Lagi, Gadis Bermata Biru, Wajah Kekasih, Pesona Cinta, Bayangan Wajah Duka dan Wajahmu Di Bulan Purnama. Kalau korang rajin dengar Klasik Nasional, memang selalu lagu-lagu Nassier Wahab ni berkumandang (uik, dah tahap klasik lagu-lagu dia ni?).
Buku biodata Nassier Wahab, menceritakan sedikit sebanyak sejarah bagaimana beliau mula-mula berkecimpung dalam dunia muzik tanahair, bermula dengan kumpulan boria kat Penang sehingga kejayaan terkini (during printing time) beliau melalui lagu Memori Cinta Luka. Dalam ni jugak ada gambar bersama kumpulan Wings dan Search tapi aku lupa nak snap (nanti ada masa aku tambah dalam entri ni).
Bila dengar lagu-lagu dalam kompilasi ni pastinya aku akan teringat zaman kecik-kecik yang agak nakal... Zaman cuti sekolah buat rumah atas pokok dengan member, menggetah burung punai, memancing ikan puyuh dan sepat kat parit, *sigh* and those were the days... The reason why I bought this compilation in the first place. What's your story?
_____
Ada apa: Next local target - Sudirman, Alleycats dan Kembara
10 komen:
weeii weiii... apa ni hahaha
.....err...arr....iskhhh...
next!...
hahahahaha.....
jangan risau Ijau, kita geng...
aku pun peminat Nassier Wahab jugak!
Undangan Rindu
Sekali aku jatuh cinta
gadis bermata biru
Bila rindu datang lagi
masih ingat tak lagi
bayangan wajah duka
susah senang kita berdua
all my feveret tune...
hehehehe
metal metal juga
nasir wahab nasir wahab juga hahahaha
abg ben & berteromber:
pedasnya komen... huahuahua
portdy:
ya betul! nassier wahab rocks! \m/ hail nassier wahab! err... rock ke?
nassier wahab? sorry la aku tak dengar metal cam gini la haaha
deaf:
metal la sgt, hahaha...
...ini macam guilty pleasure beb, gua dengar Nassier sejak sekolah, suara dia bagus, lagu2 dia best.
eddie:
...masih ingat tak lagi suatu hari?
Abg Nassier 😭 Noratiqah
Cikgu Mahhadee 🙏 Noratiqah
Nassier Wahab dan Nassier Wahab 🎤 rindu
Post a Comment