[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #15]
ironinya dengan nombor 15
Setelah penantian hampir sebulan (kat Bintulu memang tak jual), akhirnya Khamis lepas (9/9/2010) aku berjaya mendapatkan album terbaru Iron Maiden iaitu The Final Frontier. Beli kat Goblinz KK Plaza, dengan harga RM40.00 (harga asal RM40.80) tu yang best beli kat Goblinz boleh dapat diskaun walaupun cuma RM0.80, kalau kat Speedy Video RM40.90 tapi fixed price.
Ni yang jual kat Speedy Video 1Borneo @ RM40.90
Seperti biasa versi yang aku beli (ori) merupakan versi Malaysian press under WEA labels (bukan EMI). Reviews? Baca je reviews otai-otai kita:
- Abang Ben (merapu 1, merapu 2, merapu 3)
- Deaf_Angel (merapu 1, merapu 2)
- Wanwarlock (merapu versi kiwi)
Dorang lagi otai dan hebat bab-bab mengulas album Iron Maiden ni...
Cuma aku turut berdukacita dengan nasib Encik Berteromber yang masih belum berpeluang memilikinya. Sabar bro, kalau dah order kat eBay mesti lagi grand kan?
Merapu The Final Frontier versi Ada Apa Dengan Ijau? mungkin akan menyusul selepas cuti raya. Buat masa ni aku enjoy lagu Coming Home (ada iras-iras lagu Bruce Dickinson solo kan?) dan When The Wild Wind Blows (yang ni lepas habis aku replay lagi sekali hehehe).
Finally... Up the Irons! \m/
_____
Ada apa: Petang ni nak bawa *ehem-ehem* beraya pi rumah terbuka Jairo.
2 komen:
dah malas nak cari kat kedai cd...aku try bid kat ebay jer la...
xpyh bid, survey/beli yg "buy now" je...
Post a Comment