Kalau beberapa hari lepas pinjam Boss MT-2, hari ni pulak berpeluang pinjam satu lagi stompbox pedal - Ibanez Thrashmetal Soundtank TM5 kepunyaan vokalis/gitaris kugiran Manggas (you know who).
Daripada cerita yang aku dengar, stompbox ni dibeli via Mudah.my beberapa bulan yang lepas. Dan daripada feedback tuannya, beliau amat berdukacita dengan bunyi stompbox ni yang agak "kering" dan tak berapa sesuai dengan muzik Manggas.
Ibanez Thrashmetal Soundtank TM5 - Stompbox ni dah lama discontinued, aku tak jumpa info rasmi kat website Ibanez mengenainya (mungkin kena korek arkib kot?). Kalau tak silap, siri Soundtank ni diganti dengan siri Tone-Lok (betul tak Bro Sub?). Tiga knobs - level, tone dan distortion, simple setting lebih kurang macam Satchurator. And it was plastic all around, macam stompbox Behringer.
Oke, test rig yang aku guna seperti berikut: Abominations -> TM5 -> *G1N (bypass mode, untuk pre-amp sahaja) -> Sony MDR-XD100 headphone. Kali ni aku tak guna Micro-Cube macam aku test MT-2, sebab nak dengar bunyi TM5 tanpa dipengaruhi oleh "not-so-clean" channel Micro-Cube.
MT-2 dan TM5.
Yup, patutlah tuannya kata bunyi stompbox ni agak "kering" tak sesuai dengan muzik Manggas. Bagi telinga aku yang agak amatur ni, bunyi yang dihasilkan lebih kepada overdrive berbanding distortion. Lebih kurang macam bunyi yang dihasilkan oleh BOD100 jika digunakan bersama-sama gitar. Country, Rock or softer Metal mungkin sesuai, tapi untuk muzik Manggas yang agak berat memang tak sesuai kalau setakat overdrive sahaja. Not even deserve to bear the word "thrash" I guess.
Tapi persoalannya, mungkinkah stompbox ni bermasalah sebelum ia berpindah milik?
_____
Ada apa: Aku lupa nak review pedal *Zoom G1N kan?
2 komen:
saya masih ada pedal POWERLEAD... entah masih boleh gunakan atau tidak...
bro sub:
ada pedal2 distortion lama yg nak let-go tak?
Post a Comment