Menalah ni sebenarnya aku kerjakan waktu cuti raya kat kampung minggu lepas (sebelum Dean MLVZ lightweight case aku let-go). Simple tweaking, maintenance or what ever you wanna call it. Menukar skru pada neck/body joint sekaligus merangkap skru strap button Abominations aku. Skru lain tak kacau...
Sebenarnya skru asal (kiri sekali) bukannya saiz yang sesuai (dari segi kepanjangan) untuk dipasang dengan strap button. Tanpa strap button, skru asal ni memang betul-betul tebenam kat kayu maple (neck) Abominations aku seperti tiga skru yang lain.
Tapi bila dipasang dengan strap button ia terbenam dalam 3/4 sahaja, jadi terasa neck/body joint seolah-olah longgar dan terdapat celah-celah (gap) yang kurang menyenangkan kat tanggam neck/body joint tadi (if you're into guitars, you know what I mean).
Skru asal (kiri sekali) dan lima skru gantian lain (extra-long) yang aku beli kat hardware store di Pekan Membakut (15-20 sen per skru). Skru yang bawah sekali merupakan skru yang paling sesuai dari segi diameter dan benang skru.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa guna Vaseline tu? Sebenarnya ia digunakan sebagai gris pelincir supaya benang skru lancar masuk terbenam tanpa menjejaskan alur skru yang telah sedia ada pada kayu mahogany (body) dan maple (neck) Abominations aku. Tips diperolehi dari blog thE guitaR addicT! But instead of Vaseline, Bro Sub was using candle wax.
Neck/body joint Abominations aku terasa lebih tegap daripada biasa tanpa celah-celah (gap) yang kurang menyenangkan. Kalau skru yang warna hitam kat atas tadi sesuai, kan lagi bagus nampak seragam.
Sebenarnya aku lebih suka neck/body joint tanpa neck-plate macam AANJ (all access neck joint) RG series Ibanez. Pada pendapat aku, neck-plate ni sebenarnya menutup kecacatan pada area neck/body joint tu. Neck-plate kat ex-Les Pirate aku dulu lagilah bahaya sebab bucunya agak tajam.
_____
Ada apa: Vaseline tu boleh guna untuk apa lagi ye?
1 comment
vaseline tu tetap saya bubuh @ nut...
Post a Comment