Walaupun masih ada lebih kurang 35 jam sebelum aku memulakan perjalanan balik bercuti raya di kampung, ada beberapa barang yang aku dah siap-siap kemas.
Yela, esok (Isnin 6/9/2010) aku kena kerja lagi sehari, takut nanti lepas balik kerja tak sempat nak mengemas, memandangkan aku kena tidur awal dan akan bertolak selepas subuh dalam pukul 5.30-6.00 pagi.
Sebahagian daripada barang-barang yang dah dikemas, kebanyakkannya merupakan barangan hobi (supaya tak bosan post-raya), sebahagian daripadanya akan di"let-go" apabila sampai di kampung kelak. Barang-barang makanan dan kuih raya (kek lapis) belum kemas lagi, semua masih dalam fridge...
Btw, lepas ni nak pilih 10 audio CD untuk "bekalan" ketika memandu nanti. Tapi tak dapat nak pasang yang terlampau heavy macam selalu, sebab "co-pilot" tak tahan muzik yang terlampau bingit. Layan Nassier Wahab oke kot? Hahaha!~
_____
Ada apa: Kenyang makan nasi lemak kukus special, hari ni hari terakhir makcik tu berniaga...
5 komen:
suruh co-pilot pakai earplug la
Jangan le Nassir Wahab...Ramlah Ram dah le...
sental lagu2 raya sua...
deaf_angel:
idea yg bagus, aku ada lg dlm 2-3 set ear-plug kat dlm gigbag
skid:
aku tadak CD ramlah ram
bro sub:
pasang radio klasik nasional alternatif yg terbaik, dgr lagu raya lama2
...balik raya dgr lagu raya je bro, bukak Klasik Nasional tu je.
"..oh the weather outside is frightful, but the fire is so delightful, and since we've no place to go,
Let It Snow..
Let It Snow..
Let It Snow..."
Post a Comment