Semalam berpeluang pinjam stompbox member (gitaris utama kugiran Manggas) - the legendary Boss Metal Zone MT-2, selepas beraya sambil pegang-pegang gitar barunya yang berharga RM4xxx (hehehe bukan selalu dapat pegang gitar mahal)...
Pinjam pasal nak test what's so special about this stompbox that makes it legendary, sebab sebelum ni aku cuma pernah guna sekali je MT-2 ni waktu jamming kat studio Zoso Music.
Daripada cerita tuannya, stompbox ni dah berusia 10 tahun,
looks seasoned but still kicking.
Kat rumah (kampung) aku test dengan Abominations dan Micro-Cube, disebabkan Micro-Cube ni tadak real clean channel (kecuali channel MIC yang tak berapa best), jadi aku guna channel JC CLEANdan BLACK PANEL tanpa sebarang EFX, delay atau reverb. The first thing I've noticed was the sustain - memang panjang daripada "Metal Zone emulation" yang ada kat multi-effects pedal (original vs imitation emulation). Distortion pun keras tapi mantap, tumpat tapi tak berapa kusam walaupun pada volume yang rendah.
Tapi dengan harga RM3xx seketul, aku rasa buat masa ni biarlah aku guna multi-effects je dulu. Kalau nak beli distortion jenis stompbox pun maybe Behringer UM300 (MT-2 clone), ataupun Moen Violent Metal je dulu.
_____
Ada apa: Mula-mula nak pinjam EHX Metal Muff Top Boost, tapi tuannya tengah guna...
0 comments
Post a Comment