Menjelang cuti raya ni kepada mereka yang akan memandu untuk balik kampung, ada baiknya kita pastikan kenderaan kita berada dalam keadaan yang amat memuaskan sebelum memulakan perjalanan. Enjin sudah diservis, bunga tayar masih oke dan bertekanan optimum (bukan maksimum), bla bla bla you know the drill...
- Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan
khas oleh blog Ada Apa Dengan Ijau?
Speaking of service and maintenance, aduih [sigh~] raya kali ni duit gaji aku banyak lari pi servis Imago aku, koman-koman kopak RM600+ (dah macam bunyi blog Speedrider la pulak). Kalau ikutkan dengan RM600+ tu aku dah boleh beli pedal idaman Vox Tonelab ST.
Tapi kalau dipikirkan secara logik pelaburan RM600+ aku tu adalah untuk keselamatan diri dan orang tersayang (chewah~). Yela, apa gunanya berkempen pesanan khidmat masyarakat macam kat atas tadi tapi sendiri cakap tak serupa bikin kan? Hahaha...
21/8/2010 - Servis aircon kat specialised third party aircon workshop. Sebenarnya dah lama aircon Imago aku buat hal, bukan tak sejuk tapi air aircon meleleh masuk dalam cockpit (amboi istilah), selalu je banjir kat area co-pilot.
Owh btw, semenjak *ehem-ehem* aku dah lulus ujian memandu beberapa minggu lepas, Imago aku ada logo ni, hehehe... Tu pun aku yang paksa dia biasakan diri drive, kalau tak kompom jadi lesen bawah bantal.
28/8/2010 - Servis rutis kat Perodua, tukar minyak enjin, oil filter, gasket... Servis kali ni memang mileage Imago aku betul-betul melebihi tahap patut servis dan dalam minggu due date, beberapa bulan lepas aku banyak travel - pi Mukah, Dalat, Membakut, KK, Sibu, ulang-alik pi hospital dan tiap-tiap hujung minggu hantar *ehem-ehem* pi sekolah memandu kat Batu 12 (which means 12 miles from Bintulu town).
Selalunya aku hantar servis ikut due date (biasanya dua-tiga minggu selepas due date). Kalau ikutkan mileage setakat ulang-alik pi tempat kerja, ronda-ronda Bintulu kompom tak sampai 5000 km.
Bukan selalu dapat tengok bahagian bawah Imago aku ni.
1/9/2010 - Keempat-empat tayar lama aku (Silverstone) dah berusia lebih dua tahun, bunga dah kureng dan selalu je bermasalah cepat pancit, kena pam seminggu sekali. Lepas balik dari Mukah awal bulan Julai lepas aku dah tukar tayar belakang, kali ni tukar tayar depan pulak.
Btw, aku akan memulakan perjalanan balik kampung Selasa depan 7/9/2010, Isnin kena kerja lagi uhuk-uhuk. Cuti raya dalam 10 hari sampai 17/9/2010.
Kalau ada sapa-sapa yang ingat, dalam entri the last day of ramadhan tahun lepas, aku ada mentioned benda ni:
"thn dpn insya-allah klu ada rezeki dan pnjg umur... maybe smbt raya dgn status yg berbeza ;)"
Hehehe... tapi apa kan daya, belum sampai seru, belum ada rezeki, tahun ni masih lagi sambut raya dengan status yang sama. But the good news is - raya kali ni *ehem-ehem* aku ikut balik beraya kat kampung aku...
A simple calculation:
- Servis aircon + tambah gas + tukar filter = RM16x
- Servis rutin kat Perodua = RM1xx
- Tayar GT Radial (165/55/R14) x 2 unit = RM3xx
- Balik kampung beraya dengan *ehem-ehem* = PRICELESS!
_____
Ada apa: Lepas ni nak kena kemas barang siap-siap. Isnin nanti taklah kelam-kabut.
3 komen:
bab priceless yang tak boleh tahannnnnnnnn (bagi dengung sikit bunyinya) tu.
Have a safe journey ijau, and selamat hari raya in advance.
diam tak diam, inilah hujung minggu terakhir sebelum Syawal...
errrr sejak dua menjak blog ni byk perkataan org yang tersayang muahahahahaha
Post a Comment