Ahad 3/10/2010 - Dah lama kitorang tak buat sessi jamming, kali terakhir rasanya bulan Jun/Julai lepas waktu mula-mula mencuba Abominations. Kebiasaannya tiap kali aku ada stuff baru (gitar, pedal) mesti aku akan mencubanya waktu jamming, kali ni aku ingin mencuba Moen MO-VM Violent Metal.
Memandangkan kali ni Azroy Hemmett tidak dapat dihubungi, jadi aku mempelawa seorang gitaris undangan untuk sessi kali ni iaitu tauke blog Metuk Ulau, saudara Adi Herman yang merupakan gitaris kugiran local Bintulu - Regiment of Kid-Do-Wrong, yang jugak ingin mencuba pedal barunya Zoom G1N (hehehe, macam kenal je pedal ni). Adi ada bawa gitar sendiri, tapi memandangkan Dinoscars dah siap soundcheck, untuk tidak membuang masa, jadi dia guna Dinoscars sajalah.
- Bob Kandar (drums)
- Adi Herman (guitar): Dinoscars ->
MO-VMG1N -> PA system - Aku (vocals/bass): Black Ice -> BOD100 -> BDI21 -> PA system
Walaupun tak sehebat dan sepantas Azroy Hemmett, tapi sekurang-kurangnya Adi ni sekepala. Boleh layan lagu-lagu yang selalu kitorang jamm; The Trooper, Wasted Years, Smells Like Teen Shit and some other Nirvana's and those sangkut-sangkut Metallica's songs. Special request Dendang Perantau (sebab masih mood raya). Ada jugak Adi ajak main lagu Langsuyr, Bob Kandar oke je, tapi aku tak tau lagu-lagu Langsuyr (hehehe, sori Abang Ben).
Sessi jamming ditutup dengan percubaan (beberapa kali) cover lagu Coming Home, not bad~ nanti ada masa kalau dah serasi mungkin aku akan record video. Walaupun beberapa lagu Maiden aku hafal, tapi bila dah vokal sambil main bass memang selalu lupa sebab kelam-kabut. Sebab tu kebiasaannya aku bawa lyric sheets (macam David Arumugam daa~).
Owh btw, Violent Metal yang aku cuba dalam sessi ni macam ada masalah - in bypass mode, bunyinya tak kuat (is it a true bypass?). Tapi bila activate distortion mode, bunyinya terlampau kuat, have to set LEVEL (volume) knob to 9 o'clock only, all other knobs were set to 12 o'clock.
Adakah ia masalah pedal atau masalah setting pada amp (PA system) atau masalah pada kabel atau gitar? Sebab waktu aku mencubanya di rumah dengan tiga jenis test rig seperti dalam review yang lepas, masalah ni tak timbul.
_____
Ada apa: Macam mana rasanya nanti kalau dapat jamming dengan tiga gitaris? Azroy, Shahrin, dan Adi. Adakah lebih harmonics or more to havoc?
6 komen:
effect violent metal tu brapa hargenya?
compare dgn metal zone, DOD mana yg best?
:)
hrga xsmpi RM200, aku ada buat review ringkas pasal pedal VM kat entri ni
DOD aku xpnh test, klu banding dgn metalzone, aku rasa klu ada bajet lebih better amik metalzone sbb lebih versatile distortionnya, berbanding VM ni yg mmg "violent" sungguh distortionnya, mungkin hanya sesuai utk muzik2 keras
fuh... teroris habis. Pakai Violent Metal.
bagi la sound sample sikit.
Boss Metalzone kacak gi bunyi dr Behringer Ultra Metal. Sb metalzone soundnya lebih smooth, crunchy n overdrive tone yg sedap digoreng n sedap dimakan.. haha! keda mee maggie jak! XD
trima kasih
sekadar nak tau
:)
abg ben:
teroris... tp x tereris
sound sample? - seganlah
garynationjazz:
klk2 klu ada bonus ujung tahun mau jua cilok itu MT-2
ziarah76:
oke
Post a Comment