Dah menjadi kebiasaan untuk aku balik kampung bercuti seminggu waktu hujung tahun, dan tahun ni tak terkecuali.
Minggu lepas dah hantar Imago aku pi Perodua Service untuk untuk major service @ 50,000 km, melayang juga RM3xx dibuatnya. Tapi takpa, aku memang puas hati dengan servis Sri Ting Auto, Bintulu (authorised service centre), staffnya yang mesra pelanggan dan yang penting bengkel ni memang hampir dengan opis aku berbanding authorised service centre yang satu lagi tu. Senang nak hantar servis waktu hari bekerja, hantar waktu pagi kemudian tengahari waktu lunch break baru pi ambil.
Pagi nanti, antara pukul 5.30-6.00 aku akan memulakan pemanduan tour de Brunei balik Membakut dan seperti biasa jika tiada arah melintang (imigresen dan feri lancar) dijangka sampai kampung aku dalam pukul 5.00 petang. Kali ni aku nak rasmikan passport antarabangsa aku yang baru (upgrade semata-mata pasal Maiden Singapore), sebelum ni aku guna passport terhad ke Brunei (warna biru).
Barang dah kemas (termasuk Replacement dan Micro-Cube) dan sebelum tidur, tengah sibuk pilih 10 audio CD untuk dibawa sebagai bekalan dan teman pemanduan (ye aku balik sorang, tak macam raya lepas balik berdua)... Yang pasti satu (atau lebih) daripadanya mesti CD Iron Maiden!
_____
Ada apa: 550 km...
1 comment
happy holidays.. dan stay safe
Post a Comment