Pagi tadi aku menerima bungkusan poslaju daripada Dead Eye Guitars (DEG). Bungkusan poslaju yang paling kvlt pernah aku terima setakat ni, hahaha! Bungkusan ni dihantar Jumaat lepas, sepatutnya sampai Bintulu hari Sabtu. Tapi disebabkan hari Sabtu (4/12/2010) merupakan Sabtu minggu pertama, poslaju cuti.
Dah tajuknya pasal beb cap buaya, teringat aku transaksi pertama aku dengan tauke DEG ialah Gator GK2110, beg khas untuk multi-effects pedal besar atau keyboard kecil setahun yang lepas.
Waktu tu aku melepak kat rumah sepupu aku kat Sunway dan akan balik ke Bintulu flight keesokkan harinya. Tauke DEG come all the way from PJ (dulu dia tinggal kat PJ) to Sunway semata-mata nak hantar beg cap buaya 30 minutes before midnight. That's business dedication man! From that moment, I've trusted DEG...
Oke, transaksi aku kali ni sememangnya beg cap buaya lagi (Gator).
Dan tak lupa benda ni, yang aku order sekali hari tu dengan oren empat segi.
Nantilah aku buat entri lain, buat review sekali dengan oren empat segi yang masih belum fully test-drive lagi.
To be continued...
_____
Ada apa: Btw, beg cap buaya model apa?
0 comments
Post a Comment