Sambung cerita pasal beg cap buaya ni dari entri semalam. Sememangnya ia beg jenama Gator, yang aku order daripada Dead Eye Guitars (DEG). Aku dah survey harga beg ni kat kedai-kedai muzik sekitar Malaysia (via email, webstore and Facebook), rata-ratanya ia dijual dengan harga RM1xx. Tak termasuk kos penghantaran dan harga potong leher untuk Sabah dan Sarawak.
Oke, it's a Gator economy gigbag GBE-EXTREME-1.
"Economy Gig Bag for Radically-Shaped Guitars Like the Flying V, Explorer, Jackson, BC Rich & Others"
- Info dari website Gator Cases.
Sebenarnya dah lama aku order beg ni, sebelum balik cuti raya yang lepas lagi. Waktu tu aku tengah mencari gigbag yang muat untuk menyimpan Abominations. Disebabkan masalah logistik oleh pihak supplier, selepas raya baru tauke DEG dapat shipment beg ni. Nasib baik aku order GC-V gigbag dari Guitar Collection.
Untuk tidak menghampakan tauke DEG aku tak cancel order beg ni, just carry-on with the order. Lagipun aku dah bagi sedikit deposit waktu order dulu. Harga? Harganya memang berpatutan (petua DEG supaya jangan dedahkan harga untuk tontonan umum di Internet).
Bila disukat dengan Abominations dari luar, nampak macam tak muat je... Aku dah mula resah, takut-takut tak muat. Tauke DEG ada bagitau yang dia pernah test beg ni dengan Jackson RR, memang muat. Tapi itu RR ekor kontot... Bukannya King V.
Extra protection layers for headstock and tuners.
Pergh!~ Cukup-cukup makan je ni...
A closer view.
Bila dizip, alahai... Cukup-cukup muat je, walaupun bukan perfect fit. Tapi kena zip pelan-pelan, kalau tak memang sah akan ada calar pada bucu ekor Abominations aku. Tapi rasanya biarlah Abominations aku guna GC-V gigbag saja, lagi selamat, dan yang penting perfect fit.
Jadi, aku nak buat apa dengan beg Gator ni? Disebabkan bentuknya universal empat segi, pastinya gitar-gitar biasa akan muat. Sebagai contoh:
Bila disukat dengan Replacement, memang lebih daripada muat.
Bila disukat dengan Black Ice, hehehe... Terlebih panjang dalam 3-5 inci.
Aku rasa kalau bass bentuk biasa P/J-bass atau Soundgear pastinya muat.
Antara kegunaan lain yang boleh dipikirkan - simpan seluar dan baju, tripod kamera, kabel-kabel tambahan, kayu hoki atau golf, sleeping bag (untuk budak kecik bolehlah kot), raket badminton/squash/tennis, joran, busur panah, shotgun, sniper riffle...
Aik? Apa aku melalut ni?
_____
Ada apa: Nasib baik aku bukan kaki pancing...
4 komen:
huh! memang sah LAPAR time buat entry ni.. patut lar melalut at the end! haha XD
garyjazz:
buaya nang lapar...
atau[un boleh di jual murah2 utk simpan gitar berdarah....
oriaj:
bab "utk simpan gitar berdarah" boleh dipertimbangkan, tp bab "jual murah2" xdpt diterima...
Post a Comment