Oke, ini entri terakhir aku untuk tahun 2010 ni, walaupun masih banyak entri dalam bentuk draft tapi biarlah ia aku post tahun depan. Kalau sapa-sapa perasan, tahun 2010 ni aku cuba buat sehari satu entri. Kalau miss satu entri, aku akan cover hari berikutnya dengan entri berganda (double entry), walaupun ia hanyalah filler entry.
Enough with that rant, let's continue... Btw, sapa yang pernah tengok filem The Sleeping Dictionary? Ala, cerita Jessica Alba jadi *indu Iban. Oke, oke kita lupakan sekejap bab Jessica Alba pusing-pusing macam gasing tu...
*indu = gadis, awek (Iban)
Walaupun lokasi penggambaran filem The Sleeping Dictionary tu berada di Kuching, Matang dan Batang Ai, tapi (pada pendapat aku) design rumah residen British dalam filem tu adalah dicilok diambil dari design rumah dalam gambar di atas ni. Rumah sapa ni? Typical British colonial wood mansion.
Oke, sebenarnya entri ni merupakan kesinambungan daripada entri pasal tugu di Waterfront Limbang beberapa hari lepas. Dalam 1 km sebelum pusat Bandar Limbang, terletaknya Muzium Wilayah Limbang yang agak terkenal dengan design bangunannya ala-ala rumah residen era kolonial British. Aku ada cerita sedikit pasal muzium ni dalam satu daripada entri tour de Brunei aku tahun lepas.
Bagusnya Limbang ada muzium, Bintulu tadak muzium.
"Muzium Wilayah Limbang dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Adenan Haji Satem, Menteri Pembangunan Sosial pada tanggal 27 Ogos 1994. Muzium ini adalah merupakan kubu lama yang dibina dalam tahun 1897."
- sumber laman web Muzium Wilayah Limbang.
Satu lagi trademark Muzium Limbang ni ialah arca kerbau. Kerbau air atau water buffalo (Bubalus bubalis) sememangnya mudah dijumpai di daerah Limbang berbanding kawasan-kawasan lain di Sarawak.
Disebabkan aku taknak buang masa melawat masuk dalam muzium ni (lagipun tak best jalan sorang-sorang), aku cuma ambik gambar kawasan luar muzium (area kaki bukit). Dan akupun tak tau nak cerita apa pasal muzium ni, jadi kita layan gambar sajalah.
Replika tugu buaya.
Tadak kesedaran sivik sungguh! Maksud aku botol tu...
Replika tiang Pagul. Apa itu tiang Pagul?
Ada apa dengan tiang Pagul?
Papan tanda taman-taman negara di Sarawak tiru
design tiang Pagul ni, but that was another story...
Macam obelisk.
Vandalism? Atau signature artis yang membuat tiang ni?
Kalau buat rumah design macam ni nampak menarik juga kan?
Ni hype yang tak berapa best...
"Bangunan yang asal telah dirobohkan pada tahun 1989 dan dibina semula pada tapak yang sama dengan mengekalkan ciri-ciri asal bangunan."
- sumber laman web Muzium Wilayah Limbang.
Info lebih lanjut sila layari Wikipedia dan laman web Muzium Wilayah Limbang.
[Entri Mini] Selamat Tahun Baru 2011!
Seperti biasa aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 yang akan tiba beberapa jam saja lagi. Terima kasih atas sokongan (komen-komen) anda dalam blog Ada Apa Dengan Ijau? sepanjang 2010 ini. Tahun 2011 aku bercadang nak kurangkan berblog, mungkin dua tiga hari sekali baru ada entri (or worst, once a week) disebabkan ingin meluangkan lebih masa pada komitmen lain.
_____
Ada apa: Jessica Alba pusing-pusing macam gasing? o_O
1 comment
1) baru aku tahu - tiang pagul.
cantik eh
2) siot betul buang mineral botle kat buaya tu, patut buang kat buaya hidup tengok apa jadi
Post a Comment