Sabtu 18/12/2010 - Dari pukul 12.00 tengahari sampai pukul 3.30 petang aku dan Bob Kandar "memandu uji" beberapa equipment baru terutamanya Oren dan sesuatu dari CK Music. Kali ni tadak gitaris, jadi sessi ni bukanlah sessi jamming.
Sebelah petang, tiba-tiba Bob Kandar ajak aku pi melawat studio membernya di kawasan perumahan Bomba Bintulu (kugiran geng-geng Bomba). Dengar-dengar diorang baru setup studio dan beli beberapa equipment baru, disebabkan ketiadaan amp bass, diorang request nak pinjam Oren aku.
Studio diorang ni lebih kepada studio hobi macam Hepi ;) makeshift studio, dan nampak lebih permanent tak macam Hepi ;) yang weekend-convertible...
Bass LTD B-50 yang disambung kepada Oren aku (tak sempat nak snap gambar Oren). Dan yang bagusnya diorang ada pemain tetap (drummer, guitarist, bassist), tak macam Hepi ;) yang kekurangan gitaris. Selalu jamming pun biasanya dengan khidmat gitaris jemputan.
Terkecuali Oren aku, satu-satunya amp yang ada dalam studio ni ialah Line 6 Spider III 15 watt dengan price tag Zoso Music RM599, damn! 15 watt cukup ke nak lawan bunyi drums? Ternyata amp ni memang cukup kuat tapi terpaksa full blast. Bila dah full blast bunyinya lebih kepada nyaring berbanding tepu (saturated), dan dengan keadaan studio yang tak menyerap bunyi (banyak elemen kayu), jadi pantulan bunyinya bergema-gema.
Iva drumset yang masih baru.
Bob Kandar ada cuba sedas-dua main drumset ni, katanya agak janggal main drumset baru, belum serasi. Pada pemerhatian aku, diorang main memang mantap, cuma kekurangan dari segi equipment (bass amp, PA system, microphone, extra cymbals) dan soundcheck setup (Digitech Death Metal connected to Insane channel on Spider III, wtf?).
Ibanez RG420EG SBK (Spider Black)
Btw, Ibanez RG420EG merupakan RG idaman aku suatu ketika dahulu, tapi model BAM (Bio Armour) bukan SBK.
Sempat la aku mencuba bass LTD B-50 diorang, disebabkan bentuknya agak biasa jadi ia seimbang dan selesa dimainkan sambil berdiri macam Crows aku dulu. Tak macam Black Ice aku yang memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan unbalanced neck-dive.
Bila dengar bassist diorang main lagu Hati Emas dengan groove Pop yang mantap (biasalah veteran), terasa diri ini amat kerdit (chewah~) masih banyak lagi yang aku patut belajar dan berlatih... Tunjuk ajarku sifu!~ Lagu-lagu lain yang dimainkan ialah Pelayaran, Sweet Child O' Mine dan Seek And Destroy.
Aku juga ada dengar rungutan diorang tentang harga equipment yang mahal di Bintulu ni. Bila Bob Kandar ceritakan pasal "lubang-lubang" macam mana aku dapat equipment dengan harga yang murah, diorang jadi berminat la pula... Ada peluang aku nak let-go beberapa equipment (especially pedals) yang aku jarang guna.
Ada masa, mungkin aku dah Bob Kandar datang melawat lagi studio ni, atau sekali-sekala join jamming sekaki...
_____
Ada apa: LTD bass? Not bad...
1 comment
kenapa lah agaknya, orang suka biarkan tali gitar terjuntai-juntai dari machine head, kan elok snip off...?
Post a Comment