Ahad 26/12/2010 - Today marks the first anniversary of my beloved Black Ice (Ibanez ICB200EX Iceman Bass) in my possession. Aku menerimanya sehari selepas Krismas tahun lepas, setelah hampir sebulan menunggu selepas diorder dari Dead Eye Guitars (DEG).
Walaupun pada mulanya aku tak berapa berkenan dengan balance issue (neck dive) bass ni. Disebabkan tak puas hati, aku pernah mengiklankannya di Mudah.my seminggu selepas aku memilikinya. Dan ada seorang enthusiast dari Kuching yang dah berminat nak beli bass ni dari aku, tapi tak jadi disebabkan masalah harga. Mungkin jodoh aku memang dengan Black Ice ni.
Tapi bila dah selalu jamming guna bass ni, lama kelamaan akhirnya ia serasi dengan aku (in terms of ergonomics, playability and comfortability) walaupun aku belum pandai main bass. And with the new addition of Oren and Bass Blogger, the fury of it's PHAT II EQ (which has been dormant for so long) was now unleashed! Memang tak sia-sia keputusan aku untuk upgrade bass dari Crows kepada Black Ice...
Setakat ni Black Ice merupakan equipment aku yang paling lama bertahan, rekod sebelum ini dipegang oleh Behemoth, tapi akhirnya pergi jua. [Edited] Eh, silap! Rekod masih dipegang oleh Micro-Cube. Mungkin perangai rakus aku (seperti yang dilabel oleh Oriaj) bertukar-tukar equipment tetap ada, dan sememangnya ada hati untuk memiliki bass baru, adakah Black Ice bakal menerima nasib yang sama?
_____
Ada apa: Menurut Bob Kandar, bentuk Iceman agak "rare" di Bintulu.
1 comment
sememangnya kalau kita betul2 minat tone & playability, selalu ada keinginan utk cuba sesuatu yg berlainan. kalaulah ada 1 instrument tu yg betul2 memuaskan hati sehingga tiada tandingannya- brand lain semua dah gulung tikar...
Post a Comment