Dah lama aku nak beli benda ni (sejak 2009), tapi tiap kali nak beli mesti tertunda atau dana-dananya telah dipotong/dibelot oleh benda lain (selalunya dipotong oleh pedal/stompbox gitar).
Semalam sebelum bertolak ke airport Bintulu, aku sempat singgah di Kuan Sing Enterprise (owner of Sony Style, Parkcity Mall, Bintulu - tempat aku selalu beli produk-produk Sony; MDR-XD100, DSC-S930, F-V120) untuk membeli benda ni...
Sony Walkman NWZ-B152F (gold cap) 2GB.
Harga standard RM159 untuk yang berkapasiti 2GB. Kenapa aku tak beli yang berkapasiti 4GB atau versi yang boleh main video? Bagi aku semua tu tak perlu, sebab aku cuma perlukan pemain mp3 sahaja, dan aku hanya akan transfer mp3 album/lagu tertentu sahaja ikut mood (sekarang mood Time To Be King dan saki-baki angin Iron Maiden Singapore) bukannya nak sumbat semua mp3 dalam ni.
Biasanya aku akan dengar mp3 bila menunggu nak boarding atau dalam flight yang membosankan (so you know the reason why I bought it in the first place).
Sebelum ni aku gunakan telefon bimbit aku Sony Ericsson K618i (yang kuno) untuk dengar lagu-lagu mp3. Tapi sekarang port untuk sambung charger/headphone dah longgar, selalu je tercabut, memang menjengkelkan tiap kali aku nak dengar mp3 (terpaksa ikat dengan getah nak bagi ketat hehehe).
To be continued...
_____
Ada apa: Teringat zaman-zaman student USM dulu, Walkman (kaset) merupakan keperluan mandatori.
2 komen:
aku ada satu discman. sakit hati!! bateri dah discontinued
mana nak cari discman (portable cd player) skrg ni eh?
Post a Comment