Beremosi seketika...
1) Buku Mahathir
Seperti Abang Ben, akupun teringin untuk memiliki memoir Tun Dr. Mahathir ni - A Doctor In The House. Semalam aku ronda-ronda di Popular (Parkcity Mall, Bintulu) kot-kot terjumpa, tapi yang ada cuma buku-buku lain mengenai Mahathir (Conversations With Mahathir Mohamad, Malaysian Maverick, etc).
Takpelah, nanti ada masa aku order online melalui MPH Online (retail price RM100 + RM23.94 postage, not bad!).
Aku bukanlah minat membaca bahan bacaan serius yang tebal-tebal macam ni, aku lebih suka bahan bacaan santai yang banyak gambar seperti majalah (Nat-Geo dan majalah ICT, bukannya Mangga atau Mastika). Tapi seperti Sun Tzu: The Art Of War aku memang teringin untuk memiliki dan membacanya.
Well, say what ever you wanna say about Mahathir, for some of us out there, he's still the Prime Minister in our hearts.
2) Blogger's Life
Kebelakangan ni aku perasan, semangat beberapa geng-geng bloggers untuk memblog dah mula menurun, tak serancak dulu. Setakat ni belum ada lagi entri viral (entri berjangkit) yang baru, selain cerita pasal konsert Iron Maiden Singapore sebulan yang lepas (sedar tak sedar dah sebulan rupanya peristiwa ni berlalu). Mana semangat perjuangan harmoni korang wei~
Aku tak berapa suka nak baca blog yang jenis ada background music dan terlampau banyak widget canggih dan iklan - slow loading and quite annoying, hilang mood nak baca.
Imej cilok dari blog seseorang, hahaha...
3) Dunia gusti dan WWE
Semenjak HBK Shawn Michaels pencen daripada bergusti hampir setahun yang lepas, aku dah malas nak mengikuti perkembangan dunia WWE. Dan akhirnya selepas raya tahun lepas, aku dah potong pakej sukan Astro aku. Akupun bukannya tengok bola, dahla pakej sukan tu mahal (sapa nak tengok Golf Channel?).
Minggu lepas aku cuba-cuba layan web WWE, tak sangka pula aku dah terlepas Royal Rumble dan tak lama lagi musim Wrestlemania XXVII, antara acara tahunan (yang sepatutnya) tak pernah aku miss sejak aku gila layan gusti.
Tambahan pula baru-baru ni, Triple H dah kembali selepas cuti rehat daripada kecederaan. Dwayne Johnson @ The Rock pun dah masuk balik dunia WWE (hahaha I miss his attitude). Agaknya dah tak sibuk buat filem kot? Nak cari duit, masuk balik WWE. (Imej HBK link dari Wikipedia)
Damn, I miss Jim Ross' and Jerry Lawler's commentary... Takpelah, nanti lepas ni nak lepak kedai mamak pastinya diorang akan pasang gusti (macam zaman kerja di Penang dulu).
4) Bala di Jepun
Gempa bumi + tsunami + malapetaka nuklear = 2012 2011.
Kenapalah tak jadi kat Israel nun?
Agak-agak minggu ni ada keluar manga/anime One Piece dan Naruto tak?
5) Guitar and life
Hujung minggu ni aku dah bersedia untuk mengorbankan satu daripada gitar aku (macamlah banyak sangat gitar aku ni), yang satu lagi tu pula dah ada orang booked siap berdeposit lagi.
Dua pedal Behringer aku pula (BOD100, BDI21) dah selamat sampai kepada tuan barunya di Papar, Sabah.
Tauke DEG pula tak habis-habis menabur racun berbisa... Waktu-waktu gawat macam ni lah dia nak meracun, apa daaa~
Imej-imej link dari blog Dead Eye Guitars.
6) Collector's Agony
Seperti yang aku iklankan di Grüne Katze Corner dan Facebook, aku sedang melelong beberapa koleksi audio CD.
Sebahagian daripada yang aku lelong.
Sekarang aku cuma tinggalkan koleksi yang betul-betul serius sahaja (contohnya Iron Maiden, Metallica, Megadeth, dll). Tak sangka pula sambutan di kalangan member amat memberangsangkan dan di luar jangkaan, boleh kira berebut juga diorang nak beli koleksi RARE aku.
7) Time To Be King
Bukan cerita pasal album Masterplan, tapi menghitung hari untuk Projek Mega 2011. Kesian pula dengar keluhan *ehem-ehem* aku turun naik JAIS dan Mahkamah Syariah Mukah menguruskan wali hakim.
Minggu depan mungkin aku pula akan turun naik JAIS Bintulu, hujung minggu ni nak balik kampung (flight, bukan drive) nak bermusyawarah dengan family aku. Harap-harap dipermudahkan segala urusan, insya-Allah~
_____
Ada apa: Asal barang jadi duit... Jual sajalah~
6 komen:
Aik, jual banyak barang, tapi beli cube nampak.. heheheee
-ashley-
ano@ashley:
cube tu aku trade dgn pikap dean DMT
ehem.linkin park yawww?keh3
nway gua tak ralit pon takda astro kat umh.cuma rasa tak best coz tak dpt nk tgk discover channel.
nizam:
ooo... ko gelakkan linkin park aku eh? ko xtgk lg cd duran2, natalie imbruglia, chris cuevas (who the f**k was chris cuevas?)
aku msh langgan astro semata2 pasal channel 5xx @ learning package - discovery, natgeo, history, etc
aku adalah antara yg semangat dah menurun tu...hahaha...
bukannya apa..bz ahh...nak ngulo pun tak sempat..inikan pulak nak menulis...heheh..
aku baru dpt buku bio Shawn Michaels dan Bret Hart....ntah bilanya nak baca pun tak tau lah...
memang simpati la jepun tu...aku harap Maria ok... :P
btw...bila ko nak jadi raja ni?
berteromber:
blh fwd gambo buku bio shawn michaels tu x?
jd raja? dunwuri, nnti kompom korg tau jugak
Post a Comment