Seperti tahun lepas, bulan Mac ni genap dua tahun aku terjerumus dalam kancah dunia bass, gitar dan jamming. Sekarang dah boleh dikira rookie bassist dengan dua tahun pengalaman...
Hepi ;) yang pada mulanya merupakan projek kolaborasi muzik antara aku dan Bob Kandar sekadar hobi di hujung minggu untuk release tension, kini telah melekat menjadi nama studio (makeshift) dan nama kugiran kami.
"The smell of acrid smoke and horses breast..."
Aaa? Horses breast? WTF?
Dan memang aku mengaku, agak susah untuk main bass sambil menyanyi (kena jaga note betul-betul), berbanding menyanyi sambil main gitar.
Sepanjang tahun 2010 yang lepas, Hepi ;) dah banyak berkolaborasi dengan geng-geng seperMETALan dari Bintulu dalam sessi jamming - Azroy, Shahrin, Naz KORawk, Adi Herman MUUV, Rashid Malim, Tada & geng BOMBAstik, Hamdan dan Azrol. Inilah saja cara aku untuk belajar main muzik, even though I've skipped many basic guitar steps.
Adi Herman (hitam) dan Naz KORawk (biru).
Hamdan (vokal) dan geng BOMBAstik.
Hamdan dan Azrol (kanan) - Azrol lepas ni
berkebarangkalian menjadi gitaris tetap Hepi ;).
Tak lupa juga tunjuk ajar dari Jedi Master Ymi (gitaris Manggas) yang sedikit sebanyak ajar aku beberapa major scale, yang sampai sekarang aku bengap tak reti-reti nak main scale (kecuali C major scale, senang sikit hehehe).
Jedi Master Ymi with his RR24.
Untuk tahun 2011 ni, equipment aku bakal mengalami perubahan yang amat drastik (persediaan Projek Mega 2011). Namun untuk pencen daripada main muzik memang jauh sekali... Dan pastinya setelah menyaksikan pakcik-pakcik Maiden beraksi di Singapura beberapa minggu lepas menaikkan lagi semangat aku untuk terus belajar.
Rock on! \m/
_____
Ada apa: Masih banyak lagi yang perlu dipelajari...
3 komen:
aku sampai sekarang pun ndak tau apa tu scale2 main radak jak asal bunyi dia best
muzik adalah cabang ilmu & ilmu itu adalah anugerah tuhan... siapa yg ikhlas apabila berdepan dengan muzik- lebih baik dpd buat kerja lain. bro- i started in 1991... duit pun dah banyak hangus, tetapi NO REGRETS whatsoever.
jiaro:
pelan2 bah jai...
bro sub:
haha no regrets at all bro
cuma terpikir "kalaulah aku start belajar 10 thn yg lps kan bagus..."
Post a Comment