[Nanasmania] Seperti yang aku komen dalam entri yang lepas, apa-apa entri yang berkaitan dengan makanan dan minuman tidak lagi akan dilabel sebagai [filler entry], kerana ia kini sudah menjadi antara entri "trademark" blog AADI (selain muzik Metal dan gitar).
Oke jenama Delite lagi, kali ni minuman berperisa nanas (bukannya jus). Kotak kecil berisipadu 250ml yang dijual pada harga RM0.80-RM1.20 sekotak.
Rasanya? Hampeh, macam rasa sirap/kordial bancuh berperisa nanas dan bukannya jus pekat, pada kotak tidak dinyatakan "jus nanas" hanya "minuman nanas" jadi aku tidak menyalahkan jenama ni. Rasa nanasnya pun agak sintetik, mungkin ia adalah perisa tiruan dan bukannya perisa nanas sebenar.
Setakat nak hilangkan dahaga kira berbaloilah dengan harganya, tapi kalau nak menikmati rasa nanas yang eksotik dan "kimochi" pada lidah, anda disarankan mencari jenama lain...
Oleh kerana dah banyak review pasal minuman berorientasikan nanas, jadi aku buat satu label baru khas untuk minuman (atau makanan) yang berorientasikan nanas - Nanasmania!
The search continues...
_____
Ada apa: Nanas atau nenas? Dalam Kamus Dewan ia dieja sebagai NANAS berdasarkan nama saintifiknya Ananas sp.
0 comments
Post a Comment