Menerima bungkusan poslaju yang agak besar pagi semalam (tak habis-habis dapat bungkusan). Bungkusan kali ni dari Dead Eye Guitars (DEG).
Benda dalam bungkusan ni memang susah nak cari, dari Penang sampai JB (selain DEG, aku dah tanya yNot, Music Master, Satchman dan NoobAxe) hampir semua kata tak ada stok model spesifik ni. Dan ada yang bagitau pertengahan Ogos nanti baru masuk shipment baru. Nasib baik tauke DEG dapat tolong carikan model ni, walaupun dia sendiri pun dah pening mencari.
Enough with the crap-talk! What item? What model?
Boss ME-70 guitar multiple effects (multiple?).
Oke, sebenarnya bukan aku yang order ME-70 ni, sebab aku tak berapa minat multi-effects keluaran Boss sebab harganya yang tak berapa menarik (kalau stompbox lain cerita). Lagipun aku dah ada empat multi-effects untuk gitar.
Benda ni diorder oleh Korawk, yang katanya diorder oleh kawan - order atas order (aku tak pasti sama ada kawan yang sama order Zoom G2Nu tempoh hari atau kawan yang lain). Saja nak tolong kawan, kesian diorang ni dahlah tinggal di kawasan pedalaman (bukan pendalaman), kalau nak beli di benda ni di Bintulu (atau Miri/Sibu/Kuching), pastinya mereka dah kena "potong leher".
Pedal, warranty card, manual dan enam biji bateri AA.
(ME-70 tidak disertakan dengan AC adapter)
Disebabkan barang ni hanya akan dituntut oleh Korawk (dan kawannya) pada hari Khamis atau Jumaat nanti, jadi aku ada peluang beberapa malam nak buat sessi "pandu-uji" dulu, muahahaha! Nanti aku buat ulasan kecil-kecilan dalam entri yang lain.
Korawk, nak dirasmikan ME-70 ni kalau jadi sessi "Hepi ;)" hujung minggu nanti? Btw, ada apa lagi mau order?
_____
Ada apa: Baru lepas sessi "pandu-uji" ME-70 ni sebelum menaip entri ni...
5 komen:
wah bro... macam2 beli... ni pre-Raya punya lepas geram ke?
akan dituntut oleh buyernya pada hari jumaat .. x sempat dipandu uji untuk sesi hepi;) huhu!!xpa, nanti aku beli untuk sendiri pakai, Boss ME-30(terjumpa kat blog mana tah kelmarin)
bro sub:
bkn saya yg beli bro, belikan utk kawan (atas kawan). at the same time ada peluang test-drive new gears :)
korok:
dah test mlm td, manual mode best berbanding memory (patches) mode. ngam la utk main live/jamming
teringat zmn2 aku guna korg AX3000G
orang kata payah nak navigate ME ni...
xsusah mana pun nak navigate ME-70 ni, siapa2 yg dah biasa dgn multi-fx besar gedabak (ME-50, AX3000G, GFX5/8, G7/9, GT8/10, pod XT/X3 pro) mmg kejap je nak navigate xpyh baca manual pun
Post a Comment