Lagi entri pasal gitar ESP/LTD, hehehe...
Info dari The Official ESP Guitars Blog!, walaupun ada banyak model untuk Summer/Fall 2011, tapi aku cuma tertarik dengan dua model Eclipse (EC) versi LTD.
1) EC-401 VB - dengan kemasan (finish) baru iaitu Vintage Black ala ESP Eclipse-II VB dan LTD EC-1000 VB, sesuai bagi mereka yang sukakan kemasan klasik seperti Gibson Les Paul Custom tetapi jiwa lebih kepada muzik Metal.
Imej link dari blog Dead Eye Guitars.
Kalau nak merasa penangan "racun" EC-401 versi biasa boleh singgah di entri Dead Eye Guitars (DEG) ni. Tapi disebabkan harga LTD EC-401 yang biasa pun lebih mahal daripada Goldie aku, jadi memang ia dilarang daripada masuk dalam wishlist, hehehe...
2) EC-256P - menggunakan pickup jenis soapbar (P90) dan dengan kemasan berkilat (glossy) berbanding kemasan "distressed" pada EC-256 yang biasa. Nothing special, except that goldtop version similar to Epiphone Les Paul 1956 Goldtop.
Tapi walau apapun, aku lebih suka LTD EC-256 seperti dalam entri LTD Wishlist semalam, sebab ia masih lagi dalam kategori "gitar mampu milik" (sub RM2k guitar).
Imej LTD EC-401 VB dan EC-256P link dari The Official ESP Guitars Blog!
_____
Ada apa: Lagi sekali, tak salah nak berangan-angan kan? >:)
0 comments
Post a Comment