[Filler entry] Jarang aku beli t-shirt warna lain selain hijau, tapi kadang-kadang tu terbeli juga t-shirt warna hitam... Contohnya t-shirt Manggas, t-shirt rasmi North Borneo Trooper (NBT) dan t-shirt The Number Of The Beast. Kali ni terbeli lagi sehelai t-shirt warna hitam dengan imej yang agak kurang enak dipandang masyarakat...
Imej yang "ngeri" banyak tengkorak (tengkoRAWK?).
Depan.
Belakang.
T-shirt ni bukanlah t-shirt mana-mana kugiran Rock/Metal, tapi merupakan t-shirt "Head Hunter, Sarawak, Borneo" yang aku beli di sebuah kedai cenderamata di Bintang Plaza Mall, Miri dengan harga RM35.
Sedikit sebanyak aku telah membantu mempromosikan sektor pelancongan di Sarawak.
Sebenarnya aku cemburu tengok ahli keluarga aku (rombongan Projek Mega 2011) semua pakat ramai-ramai beli t-shirt Sarawak (yang berimej kenyalang dan kucing) di premis tersebut. Aku pula beli yang berimej tengkorak, hahaha!
_____
Ada apa: Boleh jadi t-shirt rasmi Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) ni.
7 komen:
ni geng brutal punya hehe
eiii...black metal
baju brutal hati pink. hehehe
Cantik sangat, buleh buat baju raya.
apa yang tak enaknya..?
Sarawak ni kaya ngan sejarah...
aku ada tshirt tourism Sarawak, tapi tame punya la haha
dr. ben & berteromber:
brutal & blekmetal jugalah
muspeed:
xpa, jgn je baju pink tp hati brutal... psychotic tu
portdy:
boleh sgt, tp raya kedua la hehehe
s'porean bros:
masyarakat di sini pyh sket bro, x open-minded, pakai t-shirt yg ada tengkorak2 mesti kena label blekmetal, even t-shirt iron maiden (gmbr eddie) pun kena label blekmetal... padahal t-shirt yg ada tengkorak2 ni (headhunters) ada kaitan dgn sejarah masyarakat pribumi di sini
Post a Comment