Album solo debut "Abang" Awie (selepas keluar dari Wings) self-titled, keluaran tahun 1994. Boleh dikatakan super album sebab hampir semua lagu-lagu dalam album ni best walaupun terlampau jiwang dan muziknya jauh berbeza dari zaman Wings.
Aku layan album ni waktu aku Tingkatan 4 (1995), sama ada kaset abang aku atau pinjam kaset member. Muzik yang lebih kepada Pop, Balada dan Kontemporari dengan lagu berhantu Tragedi Oktober dan Ukiran Jiwang. Alaaa, waktu tu aku taklah se"Metal" mana pun... Jiwang juga, hahaha!
Satu-satunya album solo Awie yang aku suka, album O-Tak dan seterusnya langsung aku tak layan, sehinggalah Awie kembali bersama-sama Wings.
Kaset aku ni pula dibeli di Bukit Jambul Shopping Complex (Penang) pada 25/10/1997, memang Tragedi Oktober tarikh ni. Kalau tak silap aku beli bersama-sama kaset Menace To Sobriety. Antara kaset yang selalu dipasang dalam Walkman aku waktu tahun pertama di USM.
Aku bukan nak buat ulasan pasal album ni, cuma nak tanya kalau-kalau geng Bloggers ada terjumpa album ni dalam versi CD. Kalau ada jangan lupa bagitau aku, memang aku tercari-cari album ni (versi CD) dari dulu, selain Ramli Sarip A-Live, Search Bikin Wilayah dan Wings Biru Mata Hitamku.
_____
Ada apa: Funky Monyet?
3 komen:
album solo awie yg masih ada dlm pasaran rasanya hanya album "Rentap" itupun makin pupus dah kot..album ni mmg susah nk nampak
album SEARCH&AWIE "bikin wilayah" dah jenuh cari..satu lembah klang tawaf still xjumpa
tak pernah nampak cd...tapi O-Tak pernah...tapi tak berminat pulak nak beli...
darkshah:
harap2 diorg re-release blk bikin wilayah tu mcm album2 ramli sarip baru2 ni
berteromber:
awie solo aku cuma suka album 1st ni, album lain aku xlayan
Post a Comment