Menerima bungkusan poslaju pagi tadi yang sepatutnya sampai hari Sabtu. Tapi disebabkan hari Sabtu pejabat aku tak buka (aku guna alamat pejabat) dan akupun malas nak ambil di kaunter poslaju (kes malas nak keluar rumah, sebab sibuk main game Fallout: New Vegas), baru pagi tadi brader posmen hantar.
Bila bungkusan dari Ashportal, tak lain tak bukan isinya mesti pikap (pickup) Tesla, awal tahun ni pun aku ada beli model AH-1 active set dari Ashportal. Pikap Tesla Ashportal ni boleh didapati dari forum Lowyat.net atau Mudah.my, tapi pada stok yang amat terhad, sebab Ashportal dah berhenti dari mengimport pikap-pikap Tesla ni (atas sebab-sebab bisnes dan peribadi), sebab tu aku cepat-cepat borong dua model ni. Model apa?
Two sets of high-output Tesla pickups - VR-Extreme bridge and Plasma-2 set.
Tesla Plasma-2 set (gold cover)... Merapu dalam entri ni. Eh? Gold?
Tesla VR-Extreme bridge.
Still sealed.
Ulasan mengenai kelebihan pikap-pikap Tesla ni sila lawat blog Bro Sub (tHe gUitaR aDDict!).
Ntah bila agaknya aku nak pasang pikap-pikap ni, sebab belum ada mood nak bermain pateri (solder), seperti yang aku katakan pada perenggan atas sekali - aku masih lagi dalam gamer mode, sibuk main Fallout: New Vegas tak ingat dunia (dijangka habis main dalam masa 1-2 minggu lagi). Mrs. Ijau pun dah bising-bising semalam...
[Entri Mini] 25k Hits!
Widget "AADI odometer" menunjukkan blog aku ni telah dikunjungi lebih daripada 25000 kali! Damn~ Untuk blog kerdil yang tak seberapa ni tapi menerima kunjungan sebegitu, aku rasa sungguh terharu. Terima kasih kepada penjengah (blogwalker), pengikut setia (active or silent-reader) dan geng-geng Bloggers terutamanya mereka yang tersenarai dalam widget "Pengomen Tegar AADI" di sebelah kiri.
Terima kasih juga pada yang meletakkan link AADI pada blog anda, sedikit sebanyak dapat menarik penjengah lain. Terima kasih! Sempena 25k hits ni, aku nak buat survey berkenaan AADI, sila rujuk widget survey di sebelah kiri (bawah jam One Piece).
_____
Ada apa: Ada rezeki aku sambar AH-3 pula lepas ni, hehehe...
4 komen:
tuan, perlu diingatkan bahawa ukuran VR-Extreme mungkin tidak sesuai untuk beberapa model gitar yang menggunakan kaedah skru langsung ke dalam badan berbanding dengan kedah bracket mounting- cuba lihat ukuran ketinggian pickup ini setelah membuka bungkusannya, ya?
thnks bro sub for the info... dlm perancangan nak pasang vr-extreme kat RG350M, rasanya xda masalah sbb pikap diskrukan pd pickguard
peh sub speaking melayu la hahaha...
congrats on the 25K. Go for 50K!
dr. ben:
bro sub mmg melayu...
Post a Comment