Kaunter pembayaran zakat fitrah mula dibuka di sekitar bandar Bintulu bermula awal minggu ini. Jika tahun lepas aku "belajar" membayarnya di Masjid Daerah Bintulu, tahun ini secara rasminya aku membayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan tanggungan (isteri) di perkarangan Surau At-Taqwa, RPR Sibiew (my neighbourhood).
Kadar zakat fitrah di Bintulu (dan seluruh Sarawak) tahun ini ialah RM6.20, berbanding tahun lepas iaitu RM5.20 (harga beras naik kot?). Berapa pula kadar zakat fitrah di tempat geng-geng Bloggers yang lain?
[Diari Ramadhan 1432H entri #11]
_____
Ada apa: No pineapple for today...
4 komen:
aiyooo nak kena buat ni
beras kat johor lagi mahal...RM7.50
blom buat lagi.hehe.tgg masuk claim lagi 2-3 baru buat
terima kasih kerana secara tidak langsung mengingatkan kami ttg tuntutan ugama- entry 'cam ni lah yg dapat pahala banyak2...
Post a Comment