Untuk entri bazaar Ramadhan Medan Raya tahun lepas sila klik - Part 1, Part 2.
Setelah terprovok dengan entri Korawk mengenai pengembaraannya (bersama gamer yang sayur) ke bazaar Ramadhan Medan Raya, petang semalam (Jumaat), lepas balik kerja aku dan Mrs. Ijau cuba meninjau apa yang menarik di bazaar Ramadhan Medan Raya tahun ni (another off-day for Mrs. Ijau). Dalam minda aku dah set nak cari nasi lemak kukus pandan, taufufah dan roti jala.
Ya memang betul, bazaar Ramadhan Medan Raya ni memang lebih meriah dan "happening" berbanding di Esplanade. Dengan kawasan yang lebih luas dan empat deret gerai menjual pelbagai juadah. Selain juadah yang agak biasa dijumpai di pasar malam, terdapat juga juadah yang jenis bermusim.
Nasi lemak kukus, aku ada jumpa dua buah gerai yang menjual nasi lemak kukus, tapi memang tak boleh lawan makcik yang jual nasi lemak kukus pandan di Esplanade tahun lepas dari segi kesedapan dan kuantiti nasi serta lauk yang dijual per harga RM5.00 sebungkus (versi special) - sebungkus masuk plastik.
Antara variasi lauk untuk nasi lemak kukus versi special.
Terjumpa juga gerai yang menjual taufufah, "taufu fa special" aku agak hairan apa yang special pasal taufufah ni? Kalau taufufah selasih macam tahun lepas boleh juga dikira special. Yang ni dari segi rasa bagi aku agak biasa-biasa saja, lagipun taufufahnya agak hancur dan kurang kental berbanding yang dijual di tamu Pekan Membakut. Tapi kira baguslah, sekurang-kurangnya taufufah ada dijual di sini berbanding di Esplanade - dua gelas masuk plastik.
Untuk mengelakkan pembaziran, aku dan Mrs. Ijau dah tetapkan untuk membeli satu juadah saja (aku beli nasi lemak kukus, Mrs. Ijau beli nasi dagang) dan taufufah, juadah-juadah lain aku hanya mampu menelan air liur saja. Iklan nasi briyani ni memang menggoda iman hahaha! Takpa, akan "disiasat" pada hari lain...
Tahun lepas, nasi briyani Raja ni memang sedap, tahun ni aku tak pasti lagi. Juga akan "disiasat" kemudian. Tapi agak malang, roti jala masih juga tidak dijumpai, akan ditinjau di bazaar Ramadhan Kidurong kelak. Berbanding bazaar Ramadhan di Esplanade yang agak "failed", bazaar Ramadhan Medan Raya ni boleh kira agak "happening".
Picture of the day - Ada ke orang nak beli
kereta di musim-musim perayaan ni?
Memandangkan cuaca yang dari tadi sememangnya dah mendung, tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Nasib baik aku ada siap-siap bawa payung... Dah dua kali tawaf bazaar ni, aku rasa cukuplah setakat itu. Selain membeli juadah berbuka dan "merehatkan" Mrs. Ijau daripada memasak, aku datang bazaar Ramadhan ni semata-mata mencari idea dan gambar untuk entri Diari Ramadhan 1432H AADI.
[Diari Ramadhan 1432H entri #6]
_____
Ada apa: Btw, aku ada jumpa gerai yang menjual char koey teow seperti dalam entri Geng Kereta Sapu, demi menjaga emosi bloggers yang terlibat, aku tak sampai hati nak tangkap gambar...
6 komen:
Aku pun tak sampai hati nak bagitau mana tempatnya gerai CKT kelmarin, boleh agak sendiri kat mana haha.."cukuplah hanya sekali" kata blogger tersebut. kepada blogger yang terlibat, " may the force be with you"
aku ni antara mereka yang dah tak pergi pasar ramadan kot. Maybe seminggu sekali je.
sama cam abang ben, dah retired g bazar ramadhan lama dah
2002- 2005 aku memang kaki g Param ni. Satu hari kalau tak habis 20 -30 hinggit memang tak sah.balik kerja mesti singgah.
korok:
ramai dah peniaga yg guna "cheat code" skrg ni, nak untung byk dgn modal yg kecik
dr. ben:
tahun ni rasanya jarang2 nak pi bazaar sbb dah ada org tolong masak juadah berbuka :)
portdy:
2002-2005 tu mesti zaman bujang kan?
I love these types of post Ijau.
Pasal boleh dapat tengok suasana Ramadhan kat tempat ko.
bro, Malaysian memang suka beli kereta baru masa dekat-dekat raya.
Post a Comment