Ia berisi pedal (stompbox) Boss ODB-3 bass overdrive, walaupun diiklankan sebagai pedal terpakai (used, rated 9/10), tapi pedal ni nampak baru seperti tidak pernah digunakan.
Complete set - box, pedal, manual, warranty card. |
Ini merupakan antara pedal bass idaman aku semenjak berkecimpung dalam dunia bass beberapa tahun lepas (selain Hartke VXL). Dulu hanya mampu beli klonnya (BOD100), bila dah ada bajet terbeli pula Electro-Harmonix Bass Blogger (yang baru sahaja aku let-go minggu lepas kepada seorang bassist kenalan baru).
Reputasi pedal-pedal jenama Boss ni tidak perlu dipertikaikan lagi. Dari segi kualiti audio dan kekebalan casisnya, dan juga suis pijak (stomp switch) yang agak lembut berbanding suis pada pedal lain - ntah aku lupa apa nama teknologi suis Boss ni.
Untuk bass, aku hanya perlukan rig yang minima (2-3 pedal) - overdrive/distortion (ODB-3), chorus (CC-1 can covers bass range), pre-amp dan DI (VXL). Disebabkan aku dah jarang main bass semenjak menyertai Metuk Ulau Projekt (MUP), pedal ni hanya akan menjadi sebahagian daripada koleksi. Atau mungkin jika Adi Herman ingin menggunakannya untuk sessi jamming atau gig MUP, apa salahnya? Silakan...
_____
Ada apa: Setakat ni belum ada apa-apa GAS terbaru untuk bass.
2 komen:
haha test drive satu kali,kalo dah guna overdrive ni rasanya nak carik style stoner rock sikit ni haha
Tetap pilih clean utk bass...
Post a Comment