Seperti biasa, majlis-majlis sebegini diadakan di foyer/garasi jabatan (aka dewan serbaguna) dan dihadiri oleh kakitangan jabatan bersama keluarga. Majlis bermula seawal 9.00 pagi, tapi aku (bersama Mrs. dan Lil'Ijau) lambat datang hampir setengah jam kemudian.
Nasuki Malim, Naz Korawk dan Adi Herman - Geng Metuk Ulau Projekt (MUP) yang menjadi tetamu khas pada hari itu. Yang pakai cap dan baju uniform biru tu ayah Azrol, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan jabatan.
Seperti yang dirancangkan, MUP membuat persembahan pada hari itu. Lagu-lagu merdeka-raya yang dimainkan ialah Sepasang Kurung
Nasuki Malim menjadi vokalis jemputan untuk lagu Dendang Perantau yang agak low bagi vokal aku yang agak tenor. Azrol dan Adi "trading-solo" untuk beberapa lagu. Agak best juga bila ada unsur-unsur keyboard/synthesis dalam persembahan, lepas ni boleh main genre gothic atau symphonic.
Goldie menjadi pilihanku untuk persembahan kali ni disebabkan "mojo" yang ada padanya. Untuk rekod, ini merupakan persembahan awam MUP yang kedua selepas Opening Season Gig bulan Februari lepas.
Tukang pukul MUP, Bob Kandar bersama drumset digital Medeli DD506. Pada penghujung persembahan, tugas drummer digantikan oleh Korawk. Disebabkan permainan Korawk yang agak ganas, drumstick yang digunakan telah patah.
Persembahan awam seperti ni boleh dikategorikan sebagai "gig", tapi terus terang aku agak kekok membuat persembahan sambil membaca lirik dan chords (kes tak hafal). Secara tak langsung "eye-contact" dengan penonton berkurangan.
Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun hanya sempat menjalani dua kali sessi latihan dan persiapan yang ala kadar.
Reaksi penonton (kakitangan jabatan) yang agak bersahaja seperti persembahan Hepi;) pada majlis ngiling tikai dan berambeh sebelum ini.
Gambar kenang-kenangan bersama KP selepas memperkenalkan ahli-ahli MUP (dan jabatan/institusi tempat mereka bekerja) kepada beliau. Agak-agak lepas ni boleh dapat peruntukan beli amp Marshall tak? Hahaha...
Selepas majlis selesai, MUP sempat memainkan lagu "melepas geram" sebelum mengemas kelengkapan. Aku rasa lepas ni MUP patut praktis beberapa lagu Melayu yang agak bersesuaian untuk persembahan awam yang "un-metal".
Image credits - Ramdan Adenan (RA) dan Nasuki Malim.
_____
Ada apa: Korawk sempat memerhatikan seorang "gadis misteri".
9 komen:
siapa gadis misteri nih??? nak kena terjah blog dia nih...heheheh
gadis misteri tu xda blog bro,cuma ada FB akaun saja hehe....hanya geng2 MUP saja yg tau,rahsia kerajaan ni.
KORAWK ada hobi baru??
memerhatikan seorang "gadis misteri"
....
p.s: mati2 aku ingat beliau adalah seorang gay.....
....
korawk: maaf zahir batin.... hehehehehe
jairo : HAHAHAHAHAHHAHAHA
aku memang pencinta wanita namun ku bukan buaya
Korawk : err....bodek diri sendiri...
korawk sebenarnya seorang bisexual...
metrosexual laaaa macam aqasha..start minggu depan aku nak amalkan penggunaan seluar putih
RELAX Korawk... walaupun ko sorang gay namun tanggapanku terhadap mu tetap takkan berubah... no discrimination... dah naluri ngko camtu aku nak buat mcmana kan??
Post a Comment