Dengan menggunakan perisian Zoom Edit & Share, dan muat-turun patches dari website ni aku dapat menjimatkan masa (kes malas) untuk mengedit patches yang ada pada G2Nu aku.
Imej Zoom.
Antara patches yang aku suka ialah patches yang ada pada Zoom G2.1DM Dave Mustaine sig (download here) - walaupun kebanyakkan patches dalam G2.1DM banyak menggunakan drive jenis MS Crunch (Marshall 1959 SuperLead100) dan MS Drive (Marshall JCM2000), tapi bunyi metallic yang dihasilkan agak keras, berat dan thrashy - the way I like it!
Sebelum ni untuk mendapatkan bunyi yang agak metallic aku biasanya menggunakan PV Drive (Peavey 5150 Stack), DZ Drive (Diezel Herbert) dan ExtremeDS (Zoom original).
Sekarang G2Nu aku pun dah boleh jadi macam G2.1DM (minus the appearance) yang pernah aku terGAS tidak lama dahulu. Tapi bukan semua patches yang ada dalam G2.1DM (list) dipindahkan ke dalam G2Nu aku, cuma beberapa patches menarik sahaja diperlukan.
Imej link dari Gear-Vault.
Sebenarnya G2.1DM ni memang sama seperti G2.1Nu, yang berbeza hanyalah Mustaine/Megadeth decal, custom expression pedal dan Mustaine preset patches - dan perbezaan ini membuatkan harganya lebih mahal dalam RM100-150 berbanding G2.1Nu - good marketing strategy by Zoom.
_____
Ada apa: Sedikit sebanyak dapat meredakan GAS untuk memiliki G3/G3X atau G5.
3 komen:
menarik
Ini yg buat ghairah nak main, kan?
main sampai tengah malam (guna headphone, hehehe)
Post a Comment