Entri aku ni masih lagi mengenai sessi traimming (training+jamming)
Metuk Ulau Projekt, tapi
Adi Herman sudahpun menyiarkan entri pada D-day (hari persembahan) hahaha~
Sabtu (15/9/2012) - Aku yang baru tiba di Bintulu (selepas berkursus di Melaka lima hari) sekitar pukul 7.30 malam, kemudiannya bergegas ke foyer/garasi jabatan sekitar pukul 8.30-9.00 malam untuk menghadiri sessi traimming, soundcheck, menyusun peralatan, dan persiapan terakhir sebelum hari persembahan esok.
Melody makers - Azrol dan Adi sedang mencuba solo-trading untuk lagu
Sepasang Kurung Biru. Atas sebab-sebab tugas rasmi, si "seruling anak gembala" Barangkali Marus tidak dapat mengikuti sessi kali ni dan persembahan esok. Jadi sessi kali ni tidaklah semeriah
sessi sebelumnya.
Bob Kandar yang datang agak lewat disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang luar biasa gara-gara persiapan warga Bintulu untuk sambutan Hari Merdeka esok.
Untuk sessi ni aku menggunakan
Goldie berbanding
Mirage seperti sessi lepas atas sebab-sebab sustain
DiMarzio. Untuk persembahan esok aku juga akan gunakan
Goldie, berdasarkan beberapa pengalaman bermain secara live di depan penonton sebelum ini, gitar Les Paul memang mempunyai "mojo" yang tersendiri...
Korawk si bassist yang sengal (sengal dalam erti kata penat, bukan istilah "sengal" yang satu lagi tu) yang menggunakan
Silverado aku disambung terus ke amp Orange
CR50BXT tanpa sebarang efek.
Sessi berlarutan hingga jam 2.00 pagi sehingga betul-betul yakin untuk persembahan esok, juga diselangselikan dengan lagu-lagu "menyimpang" untuk melepaskan geram. Terima kasih juga diucapkan kepada Nasuki Malim yang menjadi penyanyi undangan (
Dendang Perantau) merangkap jurukamera dan pembancuh air sirap hehehe...
_____
Ada apa: Kena beli
DI unit tambahan lepas ni.
5 komen:
trading solo antara aku dgn azrul meliputi lagu sepasang kurung biru dan dari jauh ku pohon maaf...aku kurang keyakinan bawak lagu tu mula2 tp nasib kita praktis masa time ni,so ada keyakinan sikit la
ada bawa lagu dlloyd ka??
D'Mercy jangan lupa.....sama best dengan D'lloyd tu
adi:
blh main gothic lps ni
jairo & faizal:
xmain lagu d'lloyd/d'mercy
MUP next projekt: bawak lagu Mercy dgn Dlloyd! Cinta Hampa dan Ayah lagu favorite tu
Post a Comment