Cahaya hitam (black light) adalah istilah am atau bahasa pasar bagi sinaran ultra-violet (UV) yang dihasilkan oleh lampu pendafluor khas. Berbekalkan lampu "handheld blacklight" kepunyaan makmal, aku memulakan eksperimen...
Eksperimen yang melibatkan tali gitar DR Neon yang ada dalam stok aku iaitu Hi-Def Green dan Hi-Def Orange.
Ya, kedua-dua tali gitar ni memang bersinar "glow in the dark" apabila disuluh dengan cahaya hitam tadi. Cahaya hitam yang dihasilkan tidaklah seterang mana, sebab ia hanya berkuasa 4 watt yang dijanakan oleh empat biji bateri AA.
Bila nak pasang tali ni pada gitar aku? Entahlah, yang pasti tali yang warna oren tu akan aku pasang pada Goldie. Oh ya, tak lupa saduran (coating) pada DR Neon ni juga berfungsi sebagai pencegah karat, secara tidak langsung ini akan memanjangkan jangkahayat tali ni.
_____
Ada apa: Yang hijau pula?
6 komen:
flourescent?
waaaa...lepas ni senang nak tegok cord bila main dalam gelap...tapi dah bercahaya....hehhehe
kena main dalam club atau venue yang supply UV light. Kalau tak, tiada gunanya
adi:
fluorescent (english) = pendafluor (malay)
faizal & muspeed:
normal lighting pun masih nampak gempak
Cegah karat tapi tak tahan hard picking...
bro sub:
yg DR evergreen pun blm pasang lagi :)
Post a Comment