Malam tadi menjalankan
eksperimen projek memasang pikap Tesla
Plasma-X1 zebra set (yang ada dalam stok aku) pada gitar Ibanez
GAX30 kepunyaan rakan seMUUV, saudara Chop Sudir - vokalis/gitaris kumpulan indie/alternative Bintulu
Ana & The Scene (A&TS).
Gitar yang pernah digunakan semasa
OSG2012 Februari lepas, tetapi tidak digunakan semasa
Oktoberfest baru-baru ni (Chop guna Squier Telecaster).
|
Tiba-tiba teringat ex-Dinoscars (GAX010LTD) aku dulu. |
Kalau tak silap GAX30 ni adalah batch 2008 (black speed knobs, either AX or PSND pickups) yang agak berbeza dengan batch baru (chrome knobs, STD-H pickups) seperti GAX30 kepunyaan
Adi Herman.
|
Ada yang tak kena dengan cara pemasangan tali gitar ni. |
Sudah menjadi kebiasaan aku menggambar gitar dari beberapa sudut sebelum memulakan projek untuk diarkibkan dan juga sebagai bahan entri blog AADI (seperti yang anda baca sekarang ni).
|
Sisa-sisa residu manusia dikesan di situ. |
Kadang-kadang hairan juga bila tengok gitar yang macam tak pernah dibersihkan, terutamanya sisa-sisa residu manusia yang masih melekat pada fretboard, yuck~ Don't worry Chop, cleaning process on it's way...
|
Pose terakhir sebelum dipasang dengan Tesla Plasma-X1 zebra set. |
|
Ruang kaviti yang luas. |
Seperti biasa, aku hanya akan mengikut litar asal gitar ni yang agak mudah, wayar pikap hanya perlu dipateri pada suis tiga hala (3-way switch) tanpa perlu mengganggu kedua-dua potentiometer volume dan tone. Tak perlu nak menyusahkan diri untuk opsyen split-coil atau parallel humbucker.
|
Kaviti pikap yang kemas. |
Ibanez memang terkenal dengan seni pertukangan (craftsmanship) yang halus dan kemas, walaupun pada gitar pada siri Gio sama ada buatan China atau Indonesia. Setakat ni aku belum pernah jumpa gitar Ibanez siri Gio yang teruk dari segi pertukangan.
|
Dunlop cleaning product. |
Aku memang agak cerewet kalau tengok gitar yang kotor, dalam kesempatan yang ada aku membersihkan fretboard gitar ni dengan produk Dunlop, walaupun ia tak
seteruk sekotor gitar hibrid si
Korawk. Juga membetulkan pemasangan tali pada tuner/machinehead gitar ni supaya lebih kemas.
|
Cuba kemaskan wayar-wayar yang berserabut. |
Projek pemasangan pikap ni mengambil masa hampir dua jam (standard aku yang amatur) bermula sekitar 8.30 malam dan berakhir hampir 10.15 malam, termasuk proses pembersihan fretboard, rehat makan malam,
rehat bancuh susu Lil'Ijau dan sessi pandu-uji dengan
G2Nu + headphone.
|
Pose maut, Teslarised GAX30 dan CD demo A&TS. |
Pendapat
temberang peribadi aku mengenai Plasma-X1 ni, walaupun dalam
website Tesla ia dikategorikan sebagai "medium output" tapi bunyinya memang mantap, sustain pun panjang. Mungkin ia adalah klon Seymour Duncan
Alnico II Pro, who knows? Amat sesuai untuk muzik indie dan alternative yang dimainkan oleh A&TS.
_____
Ada apa: Ada lagi Plasma-7 dan Plasma-RS1 set dalam stok aku.
7 komen:
wah...dah boleh buat part time repair gitar lepas ni
Memang dah jadi bisnes side income pun bro Faizal,haha kitorg geng2 MUUV memang rujuk kat Ijau ajer kalo ada masalah yg berkaitan gitar...
Lucu bro ! Hehehe terbaek...
faizal:
side income tu blkg kira, terapi minda semasa proses memasang tu yg best
adi:
wow! GAX30 anda bila lagi?
es:
part apa yg lucu tu es?
Kenapa tali di bahagian kanan tu pasang macam tu? sepatutnya pasang kena ada simmetri dengan yang bahagian kiri, baru nampak kemas sikit.
Owner super right handed player ni, semuanya nak kanan. Hahahahah
Sebenarnya kan owner nya pemalas..hahah..patut aku pun rasa pelik semacam jak tali ya..hahah..arap bro ijau berik tips cara memasang tali dgn betul k..btw..nice artcle!love it!more to come..
muspeed:
aku dah perbetulkan kesimetrian pemasangan tali tu
chop sudir:
tips pasang tali yg betul ada byk kat youtube, tp apa2pun kena selalu buat juga baru mahir dan kemas
more to come? come come lai lai~ tangan aku dah gatal nak main pateri
Post a Comment