Mengambil nama sempena nama band 3-piece kami iaitu Hepi;) dan makeshift studio suatu ketika dahulu. Rasanya dah agak lama Bob berkecimpung dalam bidang ni, tapi mula bergerak aktif secara rasmi semenjak tahun lepas.
Baru-baru ini Bob ada menaiktaraf PA system yang sedia ada dengan beberapa peralatan tambahan. Antaranya wireless mic, compressor, crossover dan dua buah subwoofer. Yang pasti sistem ini akan sentiasa mengalami penambahbaikan dan berevolusi dari masa ke semasa.
Receiver wireless microphone Iva yang baru diperolehi beberapa minggu lepas diletakkan di atas sebuah VCD player JVC yang klasik sebagai perbandingan saiz.
Jumaat lepas (14/2/2014) Kelab Sukan dan Rekreasi jabatan kami mengadakan acara makan malam tahunan yang dipanggil Malam Kimia, dan acara sebegini merupakan platform untuk Bob mencuba peralatan yang baru diperolehi secara optimum.
Satu daripada subwoofer Behringer Eurolive VP1800S yang baru diperolehi, memang besar dengan driver/speaker 18" dan berat tak payahlah nak cerita. Nasib baik ada syarikat logistik seperti Eignretep yang dapat membawanya ke Bintulu (dari Penang) dengan kos yang ekonomi.
Subwoofer yang kedua, ia juga boleh dijadikan tapak untuk menggantung speaker satellite seperti gambar di atas.
Malam sebelum majlis (Khamis, 13/2/2014), aku dan Azrol sempat membuat sessi soundcheck (secara guitar-duo) PA system yang telah dipasang. Aku menggunakan Mirage dan MS-50G yang disambung terus kepada ke mixer manakala Azrol menggunakan amp Vox VT40+.
Ya, Bob juga berjaya mendapatkan semula ex-Vox VT40+ (beserta VFS5) aku yang sebelum ini dimiliki oleh Korawk. Disebabkan amp ni tidak memiliki sambungan LINE OUT, satu-satunya cara untuk menyambungkannya kepada mixer ialah dengan menggunakan mikrofon (mic'ed).
Mikrofon yang digunakan tu pun ex-Wharfedale Pro DM4.0S aku. Ada lagi beberapa barangan aku yang telah bertukar milik menjadi aset HSE, antaranya; CR50BXT, Xenyx 502, FX600 dan PSU-HSB-ALL.
Guitar clinic parody - Bob Kandar konon-kononnya berlakon belajar gitar daripada Azrol.
Setelah berbincang dengan Bob, mungkin perancangan HSE akan datang ialah untuk menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan muzik untuk kugiran live band yang biasanya menjadi alternatif kepada karaoke setiap kali majlis perkahwinan.
Akan dibincangkan dengan lebih terperinci lagi dalam entri lain...
Entri Mini: Beaufort Banjir Lagi
Baru saja tiga minggu lepas ketika bercuti balik kampung aku pergi ke pekan Beaufort beberapa kali. Dari Membakut ke Beaufort bukanlah jauh sangat, dalam 20 km atau 15 minit pemanduan santai.
Imej cilok dari Internet. |
Nasib baiklah ada jambatan kedua dibina merentasi Sungai Padas ni di area Bingkul, sebagai "Beaufort bypass" dan laluan alternatif dari Kota Kinabalu ke Sipitang (or vice-versa), kalau tak memang terputuslah laluan trans-Borneo.
_____
Ada apa: Orang kampung aku panggil "Bofut" atau "Buput".
4 komen:
I have a friend who is passionate on these things, he does buy these equipments bit by bit, and he does make side-income from them. Purely passion.
Dia kalau gi shopping complex, ko tahu dia tak tengok barang jualan, tapi dia pergi setiap sudut yang ada pasang speaker keluar lagu atau pengumuman, dia akan admire speaker tu dan cara wiring speaker tu.
Salah satu side income yang bagus.tapi kalo bab PA system ni memang aku failed la..
Sini kemarau lama dah tak hujan...sana boleh banjir pulak ek....Kuasa Allah...
deaf & rafi:
aku dulu pun tak reti benda2 ni, tapi bila dah berkecimpung main jamming dan gig live secara otomatik belajar ilmu audio ni pelan2
yup side income yg bagus, sbb tu terfikir nak tambah sewa alatan muzik
berteromber:
bulan dis/jan sarawak banjir, bulan feb ni giliran sabah pula, wallahu'alam
Post a Comment