Pada mulanya ingin mendapatkan cab Orange PPC108 (1x8") yang memang serasi dengan Micro Terror, tapi maklumbalas daripada mereka yang pernah memilikinya, PPC108 hanyalah menang kosmetik berbanding sonik.
Pilihan seterusnya sama ada Kustom Defender 1x12 atau Vox V112TV, tapi kedua-duanya masih lagi mendatangkan masalah seperti yang dijelaskan pada perenggan pertama tadi.
Vox V110NT yang merupakan cab untuk siri Night Train (hence, the NT) adalah pilihan yang berbaloi setakat ini. Selain memiliki driver (speaker) Celestion 10", ia juga lebih murah berbanding PPC108.
Ada masa nanti mungkin aku akan cuba buka dan tengok driver (speaker) Celestion di dalamnya. V110NT ni buatan China dan bukan Vietnam seperti VT40+, PFB-10 dan Mini3G2.
Perbandingan saiz bersama Micro Terror. |
My own "British" settings. |
Setting sebegini memang dah cukup kuat untuk kegunaan di rumah (yang ada anak kecil dan kejiranan yang dekat) walaupun VOLUME hanya suku. Belum ada kesempatan untuk memulas tombol VOLUME semaksimum yang mungkin.
_____
Ada apa: GASsed for another smaller wattage tube amp head?
5 komen:
Jumlah keseluruhan amp yg di miliki?(termasuk yg penah di jual )
senarai lengkap ada di sini
fuhhhhhh power! aku masih mengharapkan amplitube saje.hahah
Tuan, isu besar & kesesuaian = subjektif. Manusia di sekeliling kita yang kurang toleransi bunyi-bunyian sebenarnya terjejas dengan kekuatan bunyi, tidak kiralah jika punca bunyi itu besar/kecil. Dipermudahkan- kalau speaker besar + bising = kena hamput, kalau speaker kecil + bising = pun kena hamput.
mba:
cab speaker tu harga tak sampai RM300 pun... tapi bab power, memang power rangers
bro sub:
most of the time main guna headphone je... lepas ni nak invest on good studio/monitor headphone
Post a Comment