Sebelum ini jika berada di Melaka (kursus) memang tak berkesempatan untuk mengunjungi Reco atas kekangan masa kerana premis Reco tutup sekitar 6.00-6.30 petang.
Kebetulan hari Khamis (25/2/2016) tiba di hotel awal sedikit pukul 4.00 petang berbanding hari-hari sebelumnya pukul 5.30 petang, jadi sempatlah merancang untuk melawat Reco dengan berjalan kaki dari Wana Riverside Hotel.
Dipendekkan cerita, sambungan daripada entri yang lepas - Jika anda berpandukan Google Maps untuk mencari premis Reco (seperti aku), anda akan sampai di loji IWK ni. Terasa macam kena prank pula kan? Hahaha...
Dua kali aku pusing-pusing di area ni, tapi tak jumpa juga premis Reco, terpaksa buka peta ringkas daripada website Reco (siap ada disertakan GPS location) supaya anda tidak sesat ke loji IWK tadi (hahaha).
Rupa-rupanya premis Reco ni terletak di blok belakang (Jalan Melaka Raya 14) dan bukannya mengadap jalan utama (Jalan Merdeka).
Tiba di premis sekitar 6.00-6.15 petang (lambat sebab kes IWK tadi), disambut oleh Miss Ng dengan janji tak akan tutup kedai selagi aku belum sampai.
Waktu bersembang dengan Miss Ng baru tau yang Reco ni merupakan bisnes keluarga yang diusahakan sendiri oleh Miss Ng dan kedua ibubapanya, tiada staff lain. Dan mereka ni sebenarnya bukanlah ahli muzik ataupun berlatarbelakangkan bidang muzik.
Daripada pemerhatianku, premis Reco ni menjual alatan muzik kontemporari seperti alatan muzik bertali (guitar, ukulele, violin), berkekunci (piano, keyboard) dan perkusi (drumset, cajon, chimes) tetapi tidak menjual alatan muzik jenis bertiup (flute, sax, trumpet, trombone, clarinet).
Premis ni juga lebih berkonsepkan kedai muzik layman, kerana disasarkan lebih kepada golongan berpendapatan rendah dan marhaen. Aku tak nampak langsung alatan muzik high-end atau boutique.
Sementara Miss Ng melayan pelanggan lain, aku sempat mencuba amp Vox VT20X menggunakan strat-copy Falcon (agak janggal aku dengan gitar ni).
Gambar tanpa watermark adalah dicilok dari website Pusat Muzik Reco.
Selain memiliki hampir semua aksesori dan alat ganti yang biasa digunakan oleh pemuzik, mereka juga ada menjual alat ganti yang selalu dicari oleh guitar/drum/sound technician (check-out their Mudah listings) thumps up!
Hampir sejam lebih juga aku huha-huha dalam premis ni, dan selepas aku beredar barulah mereka tutup kedai. Kadang-kadang terasa terharu bila dilayan seperti VIP, mengingatkan aku ketika melawat Music Master Studio beberapa tahun lepas.
Antara hasil pancingan daripada Reco; strap murahan (tapi tebal dan lembut), adapter Zoom AD-16E, *Ernie Ball Stainless Steel Super Slinky, dua unit tombol berwarna emas (untuk Mirage aku) dan dua benda yang dipesan oleh si Korawk - tuner klip Musedo dan daisy-chain cable - sudah pasti pada harga pelanggan tetap.
Sebenarnya kalau diikutkan, memang banyak lagi alat ganti dan aksesori kecil-kecilan ingin dipancing. Tapi cukuplah setakat ini, lain kali boleh berurusan lagi secara online seperti biasa. Terima kasih keluarga Ng.
_____
Ada apa: *Percubaan untuk kembali semula masuk khemah EB.
6 komen:
Untunglah ada teknologi sekarang...kalau dulu malu bertanya sesat jalan...hahaha..
Terbaiklah report.
gambar miss Ng takde ke?
bert:
sekarang ada teknologi pun sesat jugak pegi loji IWK, hahahaha~
deaf:
gambar tauke tak snap le~
bagusnya tuan kedai tu..
Cina melaka mmg peramah..sebab diorang ni ramai keturunan baba melaka.member aku ada sorang cina melaka mmg mulut hawau puaka mcm org melaka jugak..haha
Turun Melaka boleh singgah...
Post a Comment