Khamis 4/5/2017 - Bertolak ke lapangan terbang Bintulu seawal 8.00 pagi dihantar oleh Azrol. Kesian juga dengan Azrol, dia ni minat Kiko (hence, his Ibanez KIKOSP) teringin nak pergi tapi ada masalah kewangan. Tapi tak mengapa (parap-parap) sebagai saguhati dan kenang-kenangan, t-shirt bootleg Malaysia Cyber Army tu aku beli dua, satu untuk Azrol.
Perancangan awal pergi ke KL sekeluarga sambil melancong, tapi atas faktor kesihatan terpaksa pergi solo, anak-anak dan isteri baru baik demam campak bergilir-gilir.
Menaiki Air Asia AK5247 bertolak pukul 9.15 pagi. Semasa penerbangan tersengih bila tengok satu artikel kecil dalam majalah Travel 3Sixty mengenai konsert Megadeth. Gambar Abang Mus seolah-olah
Tiba di KLIA2 sekitar pukul 11.30 pagi, belum apa-apa sudah diduga dengan menapak dari pintu ketibaan paling hujung. Tapi taklah kekok sangat, sebab travelling light, lagipun baru saja turun KLIA2 bulan Februari lepas.
Menyinggah dulu di Toys R Us, dah janji dengan anak nak belikan mainan Thomas & Friends (si adik minat sangat dengan watak ni). Beli di sini takut nanti di KL tak sempat nak pergi mana-mana sebab jadual padat.
Ok, kebetulan hari tersebut juga merupakan hari Star Wars sedunia, May the 4th be with you gitu~ Terbelilah juga beg Star Wars ni, diisi dengan mainan Thomas & Friends tadi. Gambar diambil ketika mengisi perut di Burger King, Mushroom Swiss menjadi kegemaran.
Mengambil masa setengah jam menaiki ERL menuju KL Sentral. Kalau diingatkan semula, rasanya kali terakhir aku turun di KL Sentral waktu konsert Metallica 2013. Tak banyak berubah, cuma dah ada Nu Sentral.
Dengan siapnya Nu Sentral ni, tak perlu lagi berpusing jauh untuk ke stesen monorail KL Sentral. Tapi masih menapak jugalah. Teringin juga nak menjenguk-jenguk Nu Sentral ni, tapi masa suntuk, lupakan sajalah. Destinasi seterusnya, stesen monorail Imbi.
Ah~ Stesen monorail Imbi, pemandangan yang menggamet memori. Kali terakhir turun di sini kalau tak silap tahun 2008. Main bowling di Megalane dengan awek Kampung Baru (yang selalu aku ceritakan tu), dan itulah kali terakhir kami berjumpa setelah kenal sejak 2001...
Check-in SS City Hotel (depan Hotel Furama) sekitar pukul 2.30 petang, telah ditempah awal melalui OYO Rooms dengan harga RM59. Tak perlu untuk menyewa hotel yang premium, kena fikir bajet flight dan tambang tren lagi. Walaupun biliknya kecil, tapi yang penting katilnya saiz queen selesa dan privasi berbanding tidur dalam kontena.
Selesai urusan peribadi dan rohani, turun sekejap ke 7-Eleven untuk membeli bekalan petang - Maggi cup, beberapa minuman tenaga (Sting, 100 Plus, Brands Ca'ya) dan yang penting Ribena Mobile untuk "bekalan" ke stadium nanti. Dalam kesempatan yang ada, cuba untuk berehat dan tidur sehingga pukul 5.00 petang.
Sebelum menuju stadium, inilah minuman yang dihadam, Brand's Ca'ya minuman habbatus sauda dan ginseng. Harganya premium RM4.00-5.00 untuk sebotol kecil 100 ml ni. Tapi serius, dengan hanya sebotol Ca'ya ni (dan Maggi cup tadi) aku boleh tahan lapar sampai tengah malam. Penangan tenaganya pun hebat, berjalan kaki ke stadium (ulang alik), headbanging dan sing-along Megadeth, masih ada tenaga sampai pukul 3.00 pagi baru ada rasa nak tidur.
Sekuelnya, cerita menuju ke stadium, boleh baca entri hari kejadian.
_____
AADI: Masih ada sekeping token monorail belum guna...
5 komen:
Orang Bintulu lagi terer guna lrt/monorail dari orang Jb dan Penang...hahaha...
Terbaiklah. Occasionally kau buat post style national geogrqphic memang best.
Taapi cam aku, katalah pakai klia, maka naik jet bus, turun tbs, so dari tbs ada lrt dan ktm monorel so boleh gi mana2 jugak. Lagi dekat dan tak yah masuk bandaraya huru hara.
aku ingat tadi panjang, ni ada sambungan lagi ke...
Awek kampung baru tu tak jumpa ke ktfb?heheh
bert - aku jenis observer, tengok gelagat warga kota, lepas tu try replicate dan blend-in
deaf - mungkin akan dicuba route tu lain kali kalau travelling tak mengejar masa
d'rsil - ini entri prekuel (macam star wars), sambungannya entri semasa konsert
rafi - kat FB masih friend, atas mutual respect gitu masing-masing carry-on dengan life sendiri
Post a Comment