Dikhabarkan ada tujuh buah kumpulan yang beraksi malam tersebut, tapi aku cuma ingat enam sahaja (atau mungkin cuma enam kumpulan, aku pun lupa) - Jepak Buskers, Natas, Metuk Ulau Project, NV Unity, Pemuzika BAWARIS dan Pro-X Band.
"Gig's" |
Jepak Buskers |
Natas |
Ya, Azrol double-duty malam tersebut bersama Natas (Schecter Demon 7FR, standard) dan seterusnya MUP (Cort X-11, Eb). Kelihatan kelibat Azroy Hammett di belakang sana. MUP beraksi selepas Natas, tapi disebabkan tuan blog yang terlalu bias, cerita MUP akan ditulis eksklusif di perenggan bawah nanti, kah kah kah...
NV Unity |
Pemuzika BAWARIS |
Bro Adam dengan gitar baru aku tak pasti apa model, tapi ala Tele Thinline Acoustic. Dan melalui pemprosesan Zoom A2.
Kumpulan keenam ialah Pro-X Band, waktu ni dah dekat tengah malam, akupun dah mengantuk dah balik, jadi tak ada lagi mood untuk merayau-rayau tangkap gambar - harap maaf.
Ok, masa untuk perenggan yang lebih bias kepada MUP. Rasanya ini persembahan awam MUP pertama untuk 2017 semenjak BOTB Sebauh. Tidak seperti kumpulan lain yang rata-rata menyanyikan hampir kesemua lagu-lagu raya dalam setlist mereka, MUP hanya memainkan satu lagu raya, satu lagu cover dan satu lagu sendiri.
Dua daripada tiga lagu dinyanyikan oleh Adi Herman, lagu pertama Like A Stone cover Audioslave. Adi merupakan peminat tegar Chris Cornell, jadi lagu ini dinyanyikan sebagai tribute kepada mendiang.
Untuk lagu kedua, kami rasa ini merupakan venue yang sesuai untuk debut lagu ciptaan MUP sendiri bertajuk Pentagram Di Atas Pusara bersempena dengan buku antologi cerpen nukilan Adi Herman dengan tajuk yang sama. Checkout the Soundcloud clip below.
Dirakam terus menggunakan Zoom H1, dan diedit dengan perisian Audacity. Lirik oleh Adi Herman (merangkap vokalis untuk lagu ini), senang-senang saja dia buat lirik, dah empat tahun lagu ni tanpa lirik. Manakala muzik gubahan aku dan Azrol sejak 2013 lagi. Pernah dimainkan secara instrumental semasa Gig YOLO 2013 dengan tajuk Project Madness.
Dan cerita pasal lagu raya, lagu yang kami pilih ialah lagi playsafe Sepasang Kurung Biru, tetapi di-MUP-kan, lebih pantas, lebih metal, yang langsung tak ada ampun maaf hari raya, dengan tajuk parodi Sepasang Mengkarung Biru.
Post-mortem Gig Raya untuk MUP:
- Kalau tahu dari awal, lebih baik main dua lagu raya, yang di-MUP-kan, kah kah kah...
- Kurang masa praktis.
- Sususan muzik lagu Sepasang Mengkarung Biru mungkin akan dijadikan lagu MUP.
- PA system yang agak overkill berbanding skala venue.
- Tapi bab soundcheck, MUP paling pantas.
Harap maaf, hampir semua gambar kurang berkualiti diambil menggunakan telefon pintar murahan aku Zenfon Go 45. Kecuali gambar yang ada tag "HermanNVU" yang dikongsikan oleh Herman gitaris NV Unity (bukan Adi Herman).
_____
AADI: Korawk?
2 komen:
Line tenet semput tak bole nak dengar lagu PDAP tu.tapi tajuk sepasang mengkarung biru mmg win.heheh
dah boleh rakam proper...tambah lagi 3,4 lagu dah boleh terbit ep...
Post a Comment